Latest News

Wednesday 23 March 2016

"Hutang Sabah LOGIK!"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Legacy Musa Aman selama 13 tahun... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(ii) Buduh betul bah urang Sabah... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(iii) Macamana Sabah boleh berhutang... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

SEKARANG ini banyak sudah yang menjadi pakar ekonomi dan hakim untuk menghukum pemimpin kita sekarang tanpa ada bukti dan analisis yang tepat. Isu baru-baru ini mengenai isu hutang Sabah sebanyak 2.6 bilion di mana menyebabkan pembangkang dan mereka mengaku sebagai aktivis telah menghentam kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kerajaan Negeri Sabah merupakan kedua tertinggi iaitu sebanyak 2.6 billion sebelum kerajaan negeri Pahang iaitu sebanyak RM 2.9 bilion dan diikuti negeri jiran Sarawak yang berhutang sebanyak RM 2.5 bilion. Kerajaan-kerajaan negeri seluruh negara berhutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah sebanyak 16.8 bilion setakat 31 Disember 2015.

Hutang Sabah ini memang logik melihat kepada penambahan pembelanjaan kerajaan negeri pada saban tahun. Sabah antara negeri yang terbesar dalam peruntukan anggaran bajet pembangunan untuk negeri di Malaysia.

Pada tahun 2013 sebanyak RM2.42 bilion, tahun 2014 sebanyak RM1,200.3 juta, tahun 2015 sebanyak RM1,303.74 juta dan RM1,148.89 juta pada tahun 2016. Hal ini belum lagi masuk kepada dalam anggaran bajet pengurusan negeri.

Timbul juga persoalan tentang hasil kerajaan negeri untuk pengetahuan pemfitnah. Hasil kerajaan kerajaan negeri sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan untuk pembangunan. Faktor pertama adalah melihat kepada penurunan harga minyak di pasaran dunia. Kedua, dengan melihat kepada pengurangan sektor pembalakan yang disebabkan penambahan jumlah hutan simpanan.

Masalah pembangkang sekarang ini suka memanipulasikan maklumat. Hutang negeri sabah sebanyak itu perlu diteliti secara adil barulah boleh diperdebatkan. Nampak sangat pembangkang ini hanya tahu bercakap merata dan hanya semata-mata mencari publisiti untuk raih sokongan dan undi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook