Latest News

Friday 4 March 2016

ISU 'Gesa Pastikan Kad Pengenalan Di Sabah Tulen'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Umno dalang utama Projek IC di Sabah... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Gesa pastikan kad pengenalan di Sabah tulen... Oleh FB Jaimie Jaime (screenshot)

KENYATAAN YB Datuk Jahid Jahim berkaitan kad pengenalan menunjukkan bahawa beliau seolah-olah bukan sebahagian daripada parti kerajaan yang memerintah. Kenyataan seumpama itu hanya boleh datang daripada mereka yang tiada jalinan dengan agensi-agensi kerajaan.

YB Datuk Jahid Jahim sebagai Ketua Penerangan PBS sudah tentunya pada bila-bila masa saja boleh berjumpa dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengetahui apakah kad pengenalannya tulen atau palsu. Jikalau bukan tulen kenapa? Atau membawa kad pengenalan pihak lain untuk diperiksa ketulenannya atau palsu

Membuat kenyataan umum seperti itu dengan menggesa agar kad pengenalan yang dikeluarkan kepada rakyat Sabah perlu tulen dan menunjukkan bahawa kad pengenalan yang dimiliki rakyat Sabah palsu termasuk kad pengenalan milik beliau.

Sejak sekian lama kerajaan memburu pemilik kad pengenalan palsu. Kad pengenalan dikategorikan sebagai palsu jika nombor kad pengenalan itu tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Datuk Jahid Jahim perlu tahu bahawa hanya nombor kad pengenalan yang ada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara sahaja adalah kad pengenalan yang tulen. 

Mungkin ada yang keliru bahawa kad pengenalan tulen itu terletak pada mutu atau kualiti kad. Bukan itu yang dimaksudkan dengan kad pengenalan tulen. Apapun kualiti kad itu, jika nombor berada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara, maka kad itu sebagai tulen dan demikian juga sebaliknya.

Datuk Jahid Jahim menyamakan dengan 'Sijil Lahir Anak Negeri' di mana menurut cadangan SPRM perlu diganti dengan sijil bermutu tinggi dan diperlukan satu simpanan data yang menyeluruh. Sijil Lahir Anak Negeri yang dikeluarkan bukan berasaskan satu sistem seperti mana yang diguna pakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Sistem yang digunakan Jabatan Pendaftaran Negara mengguna pakai cap ibu jari sebagai asas pangkalan data. Cap ibu jari dikombinasikan dengan “Family Tree” setiap keluarga. Dengan sebab itu, jabatan itu dengan mudah mengetahui sesuatu kad pengenalan itu palsu meskipun 'direkodkan' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas motif kewangan kerana melalui pemeriksaan kad pengenalan seumpama itu akan terasing. Ertinya, berdiri dengan sendirinya tanpa kaitan dengan sebarang jalinan keluarga.

Kepada pembaca atau rakyat atau pengguna media sosial perlu mengetahui apakah sebenarnya kad pengenalan tulen itu. Kad pengenalan tulen adalah apabila nombor kad itu berada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bukannya terletak pada mutu atau kualiti kad itu. Walaupun kad yang dimiliki seseorang nampak canggih, namun jika nombor kad itu tiada dalam sistem JPN, maka kad itu merupakan kad pengenalan palsu. Maka, atas sebab itulah apabila didapati dalam operasi pasukan keselamatan terhadap seseorang yang mengemukakan kad pengenalan di mana kelihatannya macam asli tetapi apabila nombor dimasukkan ke dalam sistem dan nombor itu tidak terdapat dalam sistem, maka “on the spot” pihak berkuasa menggunting kad pengenalan tersebut!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook