Latest News

Monday 21 March 2016

"Isu Jambatan Sukau Dan Lebuhraya Lahad Datu"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah Cabinet mulls controversial bridge, highway Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)

ISU kali ini mengenai isu alam sekitar dan pembangunan yang dijalankan di Kinabatangan dan Lahad Datu. Pembangunan infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat dan pemuliharaan alam sekitar merupakan perkara penting. 

Memang benar kawasan Sukau adalah dalam kawasan ‘Corridor of Life’ in Kinabatangan'' iaitu hutan simpan kerajaan. Namun, kita tidak boleh lupa kepada penduduk kampung Sukau seramai 2,223 penduduk, salah satu kampung di Kinabatangan. Rakyat di kawasan ini memerlukan pembangunan dan keperluan jalan raya. Hal ini disebut oleh YB Datuk Haji Masidi Manjun, "masyarakat tempatan akan memilih jambatan yang bakal dibina untuk keperluan mereka bagi mendapat akses ke Sandakan dan Lahad Datu bagi mendapatkan khidmat kesihatan".

Menggunakan bot ke Sandakan memakan kos yang tinggi dan masa yang lama. Sebagai contoh, Kg. Tundonbuangin adalah antara kampung terpencil di sepanjang pantai Sukau di mana penduduknya perlu menaiki bot dan membayar RM 1,000 untuk pengangkutan ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan.

"NGO yang menentang projek Jambatan itu merupakan mereka yang tidak peduli keperluan rakyat di luar kawasan luar bandar" kata ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman. Kenyataan ini betul kerana pembinaan jambatan ini adalah untuk kebaikan penduduk yang memerlukan. Dalam pembinaan Jambatan ini, pihak kerajaan dianggarkan membelanjakan sebanyak RM175 juta untuk membina jambatan berkonsepkan mesra ekosistem. Hal ini menunjukkan pihak kerajaan mementingkan ekosistem dan pembangunan infrastruktur. 

Selain itu, yang membuktikan kerajaan serius mengenai alam sekitar ialah kerajan telah menjadikan kawasan seluas 26,000 hektar di kawasan Kinabatangan sebagai hutan simpan yang tidak boleh diceroboh bagi tujuan komersial. Pembinaan jambatan dan lebuh raya ini sebenarnya tidak bersifat komersial tapi lebih kepada kesejahteraan rakyat.

Tuduhan NGO atau mana-mana individu adalah fitnah semata-mata yang menyatakan kerajaan tidak menjaga alam sekitar. Ada cadangan daripada NGO untuk kerajaan membina klinik di kampung pedalaman ini. Sebenarnya, kerajaan telah menjalankan program klinik bergerak untuk masyarakat di sekitar sungai Kinabatangan tetapi melihat kepada penambahan penduduk adalah lebih baik pembinaan lebuh raya dan jambatan ini. Penduduk Sukau akan dapat pergi ke hospital dengan kos wang yang jimat dan masa yang lebih cepat. Tambahan lagi, apabila jambatan dan lebuh raya ini dibina masyarakat kampung dapat meningkatkan pendapatan tambahan dengan kunjungan pelancong daripada luar negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook