Latest News

Tuesday 22 March 2016

ISU PAIRIN DAN HARRIS: "Harris tells Pairin to be specific"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya pun ingin Tahu apa kah terjadi dengan 933,600 ekar tanah yang direserve untuk 60,000 orang Sabah yang tidak ada Tanah?... Oleh FB Page GPRS (screenshot)



MEMANG tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua individu ini merupakan orang lama dalam politik negeri Sabah dan banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah. 

Namun, Isunya sekarang mengenai kenyataan Pairin mengenai PBS akan memperjuangkan hak negeri sabah dibidas oleh Harris. Harris menyatakan bahawa Pairin tidak jelas mengenai memperjuangkan mengenai isu Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan memperlihatkan seolah-olah PBS di bawah BN tidak memperjuangkan mengenai hak negeri Sabah. Keadaan akan bertambah lebih tegang apabila pihak pembangkang seperti Darell menjadi batu api di antara kedua pemimpin lama ini apabila menyebarkan dan memuat naik akhbar perdebatan antara dua pemimpin ini.

Untuk makluman, Pairin (PBS) di bawah BN Sabah banyak memperjuangkan hak negeri Sabah dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Harris sepatutnua tidak boleh menuduh Pairin langsung tidak memperjuangkan hak Sabah di peringkat persekutuan. Buktinya dibawa Musa Aman, kerajaan negeri sudah merangka rancangan untuk secara tersusun menuntut secara interim mengenai autonomi rakyat sabah.

Pairin juga berkata, hak imigresen negeri Sabah nyaris diserahkan kepada persekutuan pada zaman parti Berjaya semasa memerintah negeri sabah. Langkah kanan telah memihak Pairin dan PBS telah mengambil alih pemerintahan Sabah. Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1985 pada 20 hingga 21 April 1985, PBS menewaskan parti Berjaya.

Sepatutnya, Harris membantu memberi idea atau duduk bersama-sama dalam memperjuangkan hak Sabah dan bukan sahaja menghentam kerajaaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook