Latest News

Thursday 31 March 2016

ISU PENDAFTARAN KAD PENGENALAN DI SENALLANG SEMPORNA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kilang KP BN dan UMNO beroperasi dipejabat ADUN Sinallang... Oleh FB Mas Bobby (screenshot)

PROSES pendaftaran anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Semporna itu sebenarnya berlaku pada tahun 2010 untuk orang-orang laut atau Orang Palau di Semporna. 

Mengapa tidak diadakan di pejabat JPN Semporna? Sebabnya, pejabat jabatan tidak dapat menampung ramainya orang selain menganggu pelanggan lain. Melalui pendaftaran di pejabat DUN Senallang itu, selain dihadiri para pegawai Mahkamah, PDRM, Jabatan Imigresen dan juga pihak berkuasa lain, ertinya, proses itu adalah proses formal dan tiada maksud tertentu.

Pihak yang menviral atau menyebarkan gambar itu sebenarnya tidak pun berada di lokasi itu, yakni tidak tahu cerita sebenar. Inilah masalah mereka yang tidak jujur dalam penggunaan media sosial. Apabila sesuatu cerita bohong dimuat naik, maka akan tersimpan dalam internet dan menunggu penggali sampah mengeluarkannya semula. Mereka yang memviralkan itu adalah penggali sampah di media sosial. 

Bagi mereka yang tahu cerita sebenar, tidak mungkin berkongsi dengan cerita bohong itu kerana selain mendapat dosa, juga turut terpalit dengan pembohongan. Namun, bagi penggali sampah, memang kerana gemarnya kepada sampah yang busuk lagi berbau, maka setiap sampah yang busuk itu akan diviralkan agar dengan cara demikian kononnya si "penviral" itu dapat menarik sokongan. Namun, sebaliknya si "penviral" itu hanya mendapat cap sebagai pembohong sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook