Latest News

Monday 14 March 2016

ISU Terbuka Kepada Pendapat Isu Royalti Minyak - Musa

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) seperti biasa , menteri BN Sabah hanya tahu memberi alasan... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

APABILA seseorang itu tidak cukup pengetahuan, maka akan melihat ular sebagai belalang gajah dan demikian juga sebaliknya. Kenyataan page facebook itu yang kononnya hasil Sabah disalurkan ke Malaya atau Semenanjung Malaysia membawa makna ubi kayu yang di tanam di laman rumah sendirinya juga apabila dijual juga dihantar ke Malaya.

Orang kecil yang berminda sempit memang demikian. Melihat semut di sangka gajah! Orang kecil dengan minda kecil memang berperilaku sedemikian kerana tidak mempuyai kuasa minda apatah lagi akal fikiran untuk menganalisa perkara-perkara benar atau salah.

Kenyataan semua hasil Sabah disalur ke Malaya merupakan penipuan terancang yang menunjukkan betapa sempitnya fikiran admin pada laman facebook itu. Akibat sempitnya fikiran admin facebook itu, sebenarnya dia tidak tahu apa yang ditulisnya. Oleh kerana sempit dan kurang pengetahuan, maka perlu dijelaskan kepadanya apa yang sebenarnya belaku. Mudah-mudahan dia mengerti walaupun AFS boleh menyatakan dengan yakin bahawa admin page itu tidak dapat 'mensintesis' penjelasan AFS disebabkan admin page itu tergolong kepada individu yang pemfitnah dan minda kecil. Namun, AFS mensasarkan kepada mereka yang membaca page itu yang berfikiran terbuka agar supaya jelas mengetahui duduk perkara berkaitan hasil mashul Sabah.

Sabah mempunyai undang-undang sendiri. Semua hasil mahsul negeri dimiliki Sabah. Dari dasar laut hingga ke daratan semuanya yang terkandung dalamnya adalah milik Sabah. Berhubungan dengan cari gali minyak dan gas memandangkan industri itu berasaskan kepada perkongsian dan industri padat modal, maka Sabah bekerjasama dalam syarikat multinasional seperti Petronas. Petronas yang ditubuhkan tahun 1974 adalah syarikat carigali minyak dan gas yang padat modal yang meliputi seluruh perairan di kawasan Zone Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara iaitu bagi kawasan di luar pesisir pantai berkejauhan di luar 12 batu nautika daripada pantai. Untuk pengetahuan admin page yang berfikiran sempit itu, kawasan sesebuah negeri hanya dalam lingkaran 12 batu nautika dan selepas itu merupakan kawasan Persekutuan.

Bermula tahun 1974 malah hingga kini, kawasan di mana ditemukan minyak dan gas adalah di luar 12 batu nautika. Namun, berasaskan kepada perjanjian Petronas tahun 1974, mana-mana kawasan yang ditemui minyak dengan garis lurus 120 batu nautika, maka negeri itu akan dibayar tunai 5% daripada hasil minyak dan gas. Jika sekiranya negara Brunei juga telah menjadi sebahagian daripada Malaysia, Brunei juga bakal dibayar tunai 5% dan demikianlah bunyinya perjanjian penubuhan Petronas itu.

Cari gali minyak dan gas merupakan industri padat modal. Melalui perjanjian antara Petronas dengan syarikat pemberi modal, 15% keuntungan diberikan kepada Petronas. Melalui keuntungan itulah Petronas membayar tunai kepada negeri-negeri seperti Sarawak, Sabah dan Terengganu serta Persekutuan. 

Berasaskan kepada sedikit keterangan di atas (kenyataan page itu) semua hasil mashul Sabah di salurkan ke Malaya sebenarnya hanya kenyataan serkap jarang daripada fikiran yang sangat sempit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook