Latest News

Monday 7 March 2016

ITU NAMANYA Tindakan Preemptive!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah terancam, wakil penceroboh ada di setiap DUN, kata Zahid... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(ii) his is what you call, threat is a song of a loser... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) Dulu cakap ''tiada sudah IC Palsu''..sekarang... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PASUKAN keselamatan mempunyai caranya sendiri dalam mencegah sebarang musibah keganasan. Pengalaman serangan Kampung Tanduo, Lahad Datu menjadi pengajaran kita semua.

Mereka yang menjadi petualang tidak kira latar belakang. Kita ambil contoh seperti pengganas ISIS (Islamic State of Iraq and the Levant). Mereka yang bergiat aktif dalam ISIS adalah daripada berbagai negara dengan latar belakang yang berbeza-beza.

Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri, sudah tentu menerima laporan perisikan bahawa terdapatnya petualang dalam negeri Sabah yang bermotifkan kepentingan tertentu termasuk wang ringgit.

Kumpulan manusia akan menjadi kelompok apabila menzahirkan satu matlamat. Matlamat tidak melihat kepada latar belakang kumpulan. Namun, apa yang penting semua yang terlibat adalah bermatlamat sama.

Dalam soal penculikan bermotifkan kewangan misalnya, tindakan seumpama itu bukan melihat kepada latar belakang sesiapa yang terlibat. Matlamat adalah mendapat sasaran dan sasaran itu menjadi mangsa. Sebagai tukaran kepada mangsa, maka bayaran wang tebusan atau bayaran 'ransom'.

Tindakan menculik atau keganasan tidak semestinya dilakukan oleh orang luar. Tindakan sedemikian boleh berlaku di kalangan sesiapa sahaja tidak mengira bangsa atau keturunan. Apakah mereka itu penduduk asal, penduduk bumiputera atau penduduk yang diberikan warganegara.

Tindakan penculikan adalah tindakan perniagaan. Mereka yang terlibat dalam jenayah ini sama dengan penjenayah seperti pengedar dadah. Walaupun risiko berat termasuk hukuman mati, akan tetapi ada sahaja pelakunya kerana tarikan wang ringgit yang cukup besar.

Oleh kerana habuan melalui menculik tersangatlah besar, maka ada rakyat terlibat dengan aktivti itu. Kenyataan Menteri Dalam Negeri itu merujuk kepada keadaan sedemikian. Hasil perisikan mata dan telinga penjenayah berada di mana-mana. Jika dahulu mereka menfokuskan di kawasan Pantai Timur, kini memperluaskan kawasan yang sudah meliputi kawasan Pantai Barat.

Mata dan telinga penjenayah memfokuskan kepada sasaran di Pantai Barat. Sasaran  diikuti gerak-geri dan apabila peluang terbuka, maka tindakan dilakukan.

Kenyataan Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi adalah satu tindakan 'preemptive'. Dalam istilah perang saraf sebelum sesuatu perkara tidak diingini berlaku, maka pihak keselamatan berlagak sudah mengetahui lebih awal gerakan itu.

Oleh sebab itu, penyedia senjata seperti Amerika Syarikat atau Russia mencipta senjata berasaskan kepada khayalan. Demikian juga kenyataan Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi yang mana ianya merupakan strategi keselamatan dan tidak semestinya gerakan sedemikian benar-benar ada.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook