Latest News

Saturday 12 March 2016

JAWAPAN Kepada Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah ISU KADAR KEMISKINAN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mengapa Gerakan Anak Muda Mahu Selamatkan Sabah... Oleh FB Page Penindasan Terhadapa Orang Tempatan Sabah (screenshot) 
(ii) engapa Gerakan Anak Muda Mahu Selamatkan Sabah... Oleh FB Jufazli Shi Ahmad (screenshot) (screenshot) (screenshot)

SAYANG sungguh seorang anak muda yang mengaku mempunyai 'master's degree' akan tetapi tidak mampu membezakan data sebenar dengan data palsu/bohong. Sayang sungguh seorang anak muda yang mengaku mempunyai ilmu, ternyata ilmu yang cuba dikongsikan merupakan 'data palsu' yang kerap diviralkan oleh pemfitnah-pemfitnah tegar kerajaan.

Sayang sungguh, seseorang yang mengaku lepasan universiti dan mengangkat diri sendiri mewakili pengasas satu gerakan pemuda, namun ''memplagiat'' memalsukan maklumat semata-mata untuk mendapat liputan kerana kononnya mampu menulis di media sosial mempertikai kepimpinan negara dan negeri.

Apa yang tidak disedari ialah tindakannya itu akan terus melekat pada dirinya sehingga bila-bila dan bahawa dia adalah seseorang yang tiada etika, tiada sifat amanah, kejujuran, dan terus-menerus selamanya akan membakar diri sendiri. Pastilah selepas itu akan dicap sebagai manusia yang tiada kredibiliti.

Tiada gunanya mendapat perhatian dalam masa yang singkat seperti titik-titik embun yang melekat pada daun dan jika terbit mentari, maka keringlah sudah.

Menggunakan ayat-ayat yang disusun dengan baik seperti di universiti tetapi mempertikai soal-soal kemiskinan yang kononnya disebabkan oleh para pemimpin kerajaan yang sebenarnya merupakan satu kesimpulan yang tidak berpijak di  bumi nyata atau satu kesimpulan yang serkap jarang serta kesimpulan yang amat cetek sekali. Kesimpulan itu yang seharusnya tidak datang daripada seseorang yang mengaku memegang kelulusan Ijazah Sarjana.

Kesimpulan yang cuba disampaikan itu sebenarnya menunjukkan lemahnya penggunaan minda sebagai seorang yang mengaku mempunyai pendidikan tinggi. Kesimpulan itu sama sekali gagal merekodkan dan juga menghubungkan antara masa dan keadaan. Juga, gagal menghubungkan era yang satu dengan era yang lain yang sangat berbeza.

Kesimpulan itu menunjukkan bahawa penyamaan antara era industri dengan era zaman batu atau era moden dengan teknologi informasi maklumat dengan era konvensional di mana alat perhubungan hanya menggunakan 'burung merpati'.

Anak muda yang kononnya mengaku sebagai terpelajar menunjukkan bahawa lemahnya pembacaan dengan melihat kembali catatan sejarah dan juga lemahnya mengarap pengetahuan tersebut. Walaupun lulus daripada universiti oleh kerana berasaskan mata pelajaran yang diberikan oleh pensyarah dan ada kemampuan untuk menghafal dengan baik, maka mendapat kelulusan dengan cemerlang. Akan tetapi, berasaskan kepada kesimpulan yang dibuat melalui tulisan di media sosial miliknya itu menggambarkan serta menunjukkan bahawa anak muda itu masih berstatus seperti seekor katak di bawah tempurung! Minta maaf sahaja sekiranya terkasar bahasa tetapi memang itulah hakikatnya jika dilihat dari seluruh sudut isi kandungan yang ditulis.

Sebagai contoh, mengguna pakai laporan PBB berkaitan kemiskinan Sabah pada tahun 2010 menggambarkan bahawa dia sebenarnya tidak membaca laporan itu. Dia hanya mengutip lalu memutar belit berkaitan laporan itu sehingga yang betul dan benar diubah kepada laporan negatif!

Pelapor Khas PBB mengenai hak bagi makanan, Oliver De Schutter malah meminta Malaysia berkongsi pengalaman dengan negara-negara lain bagaimana cara menurunkan kemiskinan dan membasmi kemiskinan. Pihak badan dunia itu terpegun dengan ajaibnya yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam tindakan menurunkan kadar kemiskinan.

Apa yang mengagumkan badan dunia itu apabila negeri Sabah dalam Malaysia suatu ketika dulu dilabelkan oleh Bank Dunia sebagai negeri termiskin dalam negara. Namun, berjaya menurunkan kadar kemiskinan sehingga 8.1 peratus pada tahun 2012!

Kedudukan kadar kemiskinan Sabah pada masa yang silam khususnya pada masa sebelum merdeka, mencapai angka 80 peratus dan tahun 1976 masih pada paras 52 peratus. Pada tahun 2003 masih pada paras di atas 30 peratus.

Badan dunia itu juga begitu kagum berkaitan tindakan Kerajaan Sabah menurunkan kadar kemiskinan sehingga 65 peratus daripada tahun 2004 hingga tahun 2012.  

Lihat sahaja jika membandingkan laporan yang sahih dan palsu adalah seperti diibaratkan bumi dan langit. Yang batil tetaplah batil walaupun disebarkan seberapa banyak pun di pelusuk ruang media sosial. Renung-renungkan!

Jika sekiranya dibaca secara penuh dan lengkap terhadap laporan Bank Dunia dan Pemantau kemiskinan PBB, dalam laporan itu menerangkan kepada pembaca tidak ada negara lagi di dunia ini sanggup menurunkan atau mengurangkan kadar kemiskinan begitu drastik sekali. Malaysia yang dibentuk hanya lebih setengah abad dan mempunyai jumlah penduduk yang miskin di antara 1 hingga 8.1 peratus berbanding negara Amerika Syarikat yang merdeka tahun 1776 adalah kadar kemiskinan negara itu masih berlegar-legar pada angka 13 peratus.

Apa yang gagal dibaca oleh pemilik facebook itu adalah berkaitan dengan jumlah pendapatan. Jumlah pendapatan adalah relatif. Apa yang perlu dilihat daripada jumlah pendapatan adalah kualiti dan kuantiti berasaskan makanan yang boleh diperolehi daripada sesuatu pendapatan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook