Latest News

Tuesday 29 March 2016

"JAWAPAN Untuk Doris Mengenai Isu Pembangunan Parlimen Tuaran"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kawasan MP Wilfred Madius Tangau - yang menipu rakyat No 1... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DAKWAAN Doris Jones kepada Wakil Rakyat P170 Tuaran adalah sangat berat mengenai isu jalan raya di Tamparuli. Dakwaan ini seolah-seolah kerajaan langsung tidak membuat kerja dalam isu pembangunan negeri sabah.

Untuk pengetahuan Doris Jones, jalan raya ini memang benar dahulu digunakan sebagai jalan lama ke Ranau. Namun, kerajaan sudah menggantikan jalan raya baru untuk pergi ke Ranau dan jalan lama ini amat jarang digunakan. Untuk maklumat Doris juga, kerajaan memang ada perancangan untuk membaiki jalan ini tetapi memerlukan masa dan secara berperingkat.

Kerajaan telah melaksanakan projek pembangunan tersebut iaitu, sebanyak 15,455 buah rumah mendapat sambungan bekalan elektrik, 68,092 rumah (bekalan air bersih) dan lebih 458,000 kilometer jalan yang merangkumi usaha di luar bandar

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyediakan peruntukan RM237 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Parlimen Tuaran sepanjang tahun lepas. Kementerian itu turut membelanjakan kira-kira RM78.6 juta bagi membina kira-kira 600 rumah secara berperingkat di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di Mengkabong yang majoriti penduduknya terdiri daripada kaum nelayan.

Di kawasan Parlimen Tuaran, pembinaan jalan raya juga adalah di bawah program jalan luar bandar. Sebanyak enam buah projek jalan air luar bandar dan jalan luar bandar telah berjaya disiapkan dari tahun 2011 sehingga 2014 dengan jumlah sepanjang jalan 39.6 kilometer.

Banyak kampung telah mendapat kemudahan daripada usaha Wakil Rakyat Parlimen Tuaran itu, tetapi Doris Jones sengaja cari kelemahan tanpa asas untuk agenda politik beliau sendiri!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook