Latest News

Saturday 12 March 2016

KAMU JONES Sudah Akui 80 Peratus Penduduk Sabah Orang Asing, Jadi Mahu Cakap Apa Lagi?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 80% pengundi UMNO/BN SABAH adalah Sabahan Express... Oleh FB Doris Jones (screenshot) 

DORIS Jones sudah mengakui bahawa 80 peratus rakyat Sabah yang diterjemahkan melalui undi merupakan rakyat 'express'. Maka, sampai kiamat pun keadaan itu tidak boleh berubah! Seperti juga kedatangan kaum berbangsa Cina dan India di Semenanjung yang juga sampai hari kiamat pun tidak akan berubah!

Jadi kamu hendak cakap apa lagi Doris Jones? Bukankah propaganda kamu melalui media online itu sia-sia? Bagaikan mencurah air di daun keladi, mencurah garam ke laut. Tak gitu?

Selepas jawapan kepada pengakuan anda itu dengan serta-merta anda perlu berhenti! Kenapa? Kerana propaganda atau menurut istilah kamu dan kawan-kawan kamu itu yang kononnya sebuah perjuangan harus dihentikan kerana perjuangan kamu akan sia-sia sampailah hari kiamat. Masih tidak faham?

Oleh kerana menurut kamu rakyat Sabah yang diterjemahkan melalui pengundi 80 peratus adalah rakyat 'express', maka dengan sendirinya rakyat bukan express tiada peluang sama sekali dalam sistem demokrasi. Rakyat express adalah seperti mana status Doris Jones perolehi sebelum menjadi pelarian akan terus mengatasi rakyat bukan express! Jika betul dan benarlah apa yang Doris Jones dakwa seperti posting pada laman facebook pelarian itu. Ceh! Benar-benar fitnah semata-mata!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook