Latest News

Tuesday 8 March 2016

KENYATAAN MAHDZIR: SATU 'CAPTION' Palsu DAN BOHONG SEMATA-MATA!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pukitai... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)
(ii) Kepada penyokong parti MALAYA di SABAH dan SARAWAK... Oleh FB Page Solidarity 4 Sabah (screenshot)
(iii) Sabah Sarawk Tiada Tempat... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

CAPTION yang dimuat naik kononnya kenyataan Dato' Seri Mahdzir Khalid semasa mesyuarat Bahagian UMNO Tanjung Karang, Selangor sebenarnya adalah bohong dan putar belit!

Sebenarnya Dato' Seri Mahdzir Khalid merujuk bahawa Kerajaan Malaysia ditentukan oleh kaum Melayu di Semenanjung bersama-sama dengan bumiputera daripada Sabah dan Sarawak. Namun, kenyataan itu diputar belit dengan menggantikan perkataan “bersama-sama” dengan tulisan seperti caption tersebut.

Caption ini sebenarnya dibuat oleh cybertrooper pembangkang di Sarawak agar membangkitkan kemarahan penduduk Sarawak menjelang PRN ke-11 yang bakal berlangsung pada tahun 2016 ini.

Seorang pemimpin kanan seperti Dato' Seri Mahdzir Khalid tidak akan tergamak berucap membawa pengertian meminggirkan bumiputera Sabah dan Sarawak. 

Dalam politik Malaysia, pembangkang tahu bahawa hanya merosakkan hubungan antara Melayu Semenanjung dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja satu-satunya peluang mereka menang dalam pilihan raya. Maka, atas sebab itu berbagai taktik digunakan hanya untuk mendapatkan sokongan.

Dato' Seri Mahdzir Khalid sebenarnya telah membuat laporan polis berkaitan caption tersebut. Namun, setakat ini masih belum dapat menangkap punca atau pembuat asal caption tersebut kerana berlakunya viral atas viral. Manakala penyebar awal kepada caption tersebut telah menutup akaun palsunya di laman sosial facebook. Yakinlah bahawa pihak polis lambat laun akan dapat menangkap jua pemalsu tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook