Latest News

Wednesday 23 March 2016

KESULTANAN SULU DI SABAH??? PANAS!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Etnik Suluk Sabah lagi yang menjadi mangsa kepada permainan politik umno-bn... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) Cukup lah membuduhkan Sabahan... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(iii) naa....matai, bilang si zahid dari Malaya semua dun Sabah ada panglima... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iv) Ada IC dan ahli Umno... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(v) Jangan pandang ringan ancaman pengganas terhadap keselamatan negara... Oleh FB Jaymie jaime (screenshot)
(iv) Anjing lah ni Zahid Hamidi.. Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iiv) inilah taktik menakut nakutkan rakyat... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan berasaskan hasil risikan, hasil siasatan dan dokumen-dokumen yang diperolehi.

Apa yang pelik sekarang ini, mereka yang suatu ketika dulu membidas kerajaan kerana tidak dapat menghalang Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang melantik dirinya sebagai wakil Sultan Sulu di Sabah dan kini, memberi kenyataan dengan mendakwa bahawa kenyataan Dato' Seri Zahid Hamidi itu hanya kenyataan palsu dan berniat menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Mereka yang mengkritik Dato' Seri Zahid Hamidi itu sebelum ini membidas kerajaan mengapa tidak dapat menghalang pencerobohan Kampung Tanduo dengan lebih awal. Mengapa pula sekarang ini apabila kerajaan atau pasukan keselamatan menjalankan pencegahan melalui tindakan 'preemptive' puak-puak yang sebelum ini mengecam kerajaan, kini pula, berkata bahawa sebenarnya tiada ancaman seumpama itu.

Apakah sebelum ini memang pemimpin mereka sebahagian daripada rancangan Kesultanan Sulu? Dan kemudiannya mereka yang membidas itu mendapat penerangan, maka kini berpusing 360 darjah?

Memang sebelum pencerobohan pengganas Sulu ke Kampung Tanduo telah berlaku perjumpaan-perjumpaan antara pemimpin pembangkang baik pembangkang daripada Sabah mahupun Semenanjung dengan wakil-wakil Kesultanan Sulu.

Pihak pasukan keselamatan juga mendapat tahu bahawa tindakan penculikan yang berlaku di Sabah, sebenarnya berasaskan maklumat dalaman. Wakil-wakil penculik berada di merata tempat di sabah malah ada yang sudah berasimilasi (kahwin campur). Kesilapan ini berlaku apabila ada pihak-pihak daripada Kesultanan Sulu mendapat kerakyatan tahun 70-an di mana pada masa itu, pengesahan kerakyatan hanya berasaskan surat akuan daripada Ketua Kampung atau Ketua Daerah.

Kerajaan sekarang mewarisi kesilapan masa lampau. Atas sebab itu, tindakan 'preemptive' atau pencegahan dijalankan secara berterusan kerana masalah ini dipandang sangat serius.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook