Latest News

Friday 11 March 2016

MAHKAMAH: Jalan Penyelesaian Kepada Pemfitnah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) sampai begini sekali... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

PROSES mahkamah merupakan jalan penyelesaian kepada pemfitnah! Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap seorang pengamal media sosial, Papagomo dengan memfitnah pemimpin PKR itu menunjukkan bahawa mahkamah merupakan penyelesaian untuk mengadili pemfintah di media sosial.

Hukuman yang dikenakan mahkamah kepada Papagomo menghampiri sebanyak RM1 juta. Ini turut menunjukkan bahawa mahkamah juga memandang serius pemfitnah di ruang media sosial.

Mereka yang tidak menyokong kerajaan sudah lama dengan sesuka hati mereka tanpa had dengan menjalankan aktivti menabur cerita-cerita palsu, memfitnah para pemimpin dan kerajaan. Jika perbuatan mereka itu tidak dibendung, ianya boleh menyebabkan rakyat negara ini dihidangkan dengan cerita palsu dan bohong. 

Cerita bohong, palsu dan fitnah merupakan kezaliman maklumat yang diberikan kepada pengguna media sosial. 

Para pembohong dan pemfitnah kebiasaannya akan bekerja 26 jam sehari hanya menabur cerita bohong dan fitnah yang hanya satu tujuan agar rakyat terkeliru. Cara kerja google atau media sosial lain semakin banyaknya satu isu yang diulang-ulang, akan senantiasalah berada di kedudukan atas dan tertinggi sehingga siapa sahaja yang menggunakan google untuk mencari maklumat akan terdedah terlebih dahulu kepada isu bohong palsu dan fitnah. Benar, bukan?

Dengan cara google atau facebook bekerja sedemikian, maka muat naik yang trending itulah yang dipaparkan terlebih dahulu. Oleh kerana cerita laporan betul tidak diulang-ulang, maka ianya bukan termasuk maklumat yang trending dan pengguna akan terlepas menerima maklumat betul. Sebaliknya maklumat palsu, bohong dan fitnah akan menjadi menu utama. Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook