Latest News

Wednesday 30 March 2016

MUSA AMAN Tidak Berbohong Mengenai Pembangunan Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PENIPU NO 1 DI SABAH... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

RESPON kepada kenyataan daripada laman muka buku Tulun Sabah yang menyatakan bahasa Datuk Seri Musa Aman sebagai seorang penipu mengenai pembangunan negeri Sabah di tahap yang baik dan jalan raya tidak seperti dahulu adalah fitnah yang sangat besar.

Sedangkan, kita dapat merasainya sendiri dengan kemajuan Bandaraya Kota Kinabalu dari tahun 1963, kemudahan jalan raya Tawau hingga Kota Kinabalu mahupun Jalan Ke Ranau sepanjang 265.24 km pembinaan di Sandakan.

Peruntukan kerajaan negeri Sabah untuk pembinaan jalan raya adalah sebanyak RM304.4 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2016, kerajaan negeri di bawah pemerintahan Datuk Seri Musa Aman dengan kerjasama Persekutuan, bakal melaksanakan 445 projek pembangunan untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat Sabah.

Tambahan lagi, bermula tahun 1994 sehingga kini, pelbagai kejayaan Kerajaan Negeri untuk negeri Sabah. Kejayaan ini termasuklah pembasmian kemiskinan dan pembangunan fizikal. Sebagai contoh, kadar kemiskinan Sabah pada tahun 2004 ialah 23 peratus, tahun 2007 sebanyak 16 peratus, 2009 menurun kepada 19.7 peratus dan tahun 2012 hanya 8.1 peratus.

Tidak salah Datuk Seri Musa Aman menyatakan pendirian kepada Perdana menteri yang merupakan presiden UMNO dan sebagai ahli UMNO. Kerana dalam slogan UMNO sendiri, menitik berat setia kepada pemimpin. Sokongan perlu diberikan kepada pemimpin agar pembangunan negara dapat difokuskan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook