Latest News

Wednesday 30 March 2016

MUSA BUKANNYA 'TUHAN', Hanya Manusia Biasa

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SIBUK MENAFIKAN DEKALARASI RAKYAT... Oleh FB Edward Stepen Edward Stephen (screenshot)

DATUK Seri Musa Aman hanya dilantik sebagai Ketua Menteri pada 27 Mac 2003. Hanya 13 tahun beliau menjadi Ketua Kerajaan. Sabah merdeka sejak tahun 1963, ertinya sudah 53 tahun. Selama 40 tahun sejak merdeka, keadaan Sabah sungguh daif. Datuk Seri Musa Aman mewarisi keadaan kemiskinan yang tinggi. Beliau mewarisi keadaan infrastruktur yang daif.  Selama 22 Tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah dan tidak memberi perhatian kepada Sabah, malah selama 9 tahun (1985-1994) peruntukan kepada Sabah disekat!

Sudah tentu pemimpin Sabah termasuk Datuk Seri Musa Aman tidak menerima apa-apa lagi cadangan atau keinginan mantan Perdana Menteri itu. Ini kerana sudah terbukti selama 22 tahun, tidak memberikan kepada Sabah seperti mana yang diperlukan. Dato' Seri Najib Razak hanya enam (6) tahun sebagai Perdana Menteri, akan tetapi melangkaui sumbangan para Perdana Menteri yang terdahulu meskipun digabungkan lima Perdana Menteri sebelum ini

Para pemimpin Sabah sudah tentunya merasa marah apabila seseorang pemimpin seperti Dato' Seri Najib Razak mahu digulingkan. Oleh kerana Perdana Menteri itulah yang banyak memberi sumbangan kepada Sabah.

Bayangkan sejak merdeka, tiada seorang pun Perdana Menteri melantik para pemimpin Sabah ke dalam Kabinet Persekutuan dengan jumlah yang ramai, malah melantik mereka mengetuai Kementerian Kanan dan penting.

Para pengkritik Datuk Seri Musa Aman adalah mereka yang memangpun pembangkang. Pembangkang yang diberi emas dan permatapun akan menyatakan ianya batu dan pasir kerana mereka itu telah tetutup menerima kebenaran.

Seperti pemilik facebook itu bersembunyi pada gambar yang samar-samar. Ertinya, dia sendiripun tidak jujur pada dirinya! Apatah lagi pada orang lain. Orang seperti ini hanya tahu mengata orang lain tetapi tidak tahu menilai diri sendiri!

Datuk Seri Musa Aman bukannya 'Tuhan' sehingga boleh menjelmakan semua dan ke setiap pembangunanDatuk Seri Musa Aman hanya insan luar biasa yang mampu membawa pembangunan ke Sabah dan rakyatnya. Walaupun kadar pembangunan yang begitu tinggi sekali berbanding Ketua-Ketua Menteri terdahulu, namun pembangkang seperti pemilik facebook itu tidak mengakuinya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook