Latest News

Tuesday 22 March 2016

'NO MORE ISSUE' DIA SI PEMUTAR BELIT: Anda Semua Nampak, Bukan? Sila Baca!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Anifah Aman & Ahmad Zahid Hamidi- any explaination... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

ISU serangan Kampung Tanduo, Lahad Datu bukan isu lagi! isu itu sudah selesai sejak tahun 2013. Kenyataan Setiausaha Agung PBB itu berlaku sebelum serangan pengganas Sulu berakhir. Ini fakta sebenar yang AFS cuba menerangkan kepada semua pembaca.

Alahai! Doris Jones kali ini anda tersilap langkah. 'Tropot' betul! Jika Doris Jones mengakui bahawa serangan pengganas Sulu yang diketuai Jamalul Kiram III adalah sah, bererti pelarian itu juga menerima bahawa tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah adalah sah! Nampak sangat bagaimana bercelarunya fikiran si Doris ini. Di lain pihak menuduh Malaya menjajah Sabah tapi di lain pihak pula mengakui bahawa tuntutan Kesultanan Sulu adalah sah! Nampak, putar belitnya?

Perlu diingat sekali lagi, tuntutan kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah berakhir sebaik sahaja Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu sejak tahun 1880-an lagi. Kemudiannya, status itu diperkuatkan sebagai mana negara Filipina mencapai kemerdekaan tahun 1949.  Sebagai tambahan, sejak Sabah merdeka tahun 1963 bersama Malaysia menambahkan lagi tuntutan kesultanan Sulu dan Filipina adalah tidak sah dan secara automatiknya gugur dan termasuh dengan sendirinya.

Sebenarnya, Ban Khi Mon hanya bertindak berasaskan kemanusiaan. Sebagai Setiausaha Agong badan dunia itu, kenyataan demikian memang perlu akan tetapi tidak mengikat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook