Latest News

Thursday 10 March 2016

OH ZAINAL!! ~AHLI POLITIK TANPA JAWATANLAH YANG PALING BISING!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ha ha ha... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(ii) saya tahu pencuri saja yang buat kerja senyap-senyap.. Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)

AHLI politik pembangkang seperti Zainnal Ajamain adalah yang paling bising seperti ungkapan kata-katanya itu umpama ''ayam bertelur sebiji, riuh sekampung'' dan ''seperti sebuah tin kosong, bunyi sahaja nyaring tetapi hakikatnya kosong''.

Datuk Seri Musa Aman menjadikan latar belakangnya sebagai ahli perniagaan dan banker. Ahli perniagaan tidak banyak bercakap tetapi lebih banyak membuat kerja.

Rakyat menjadi saksi tentang pendekatan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri sejak tahun 2003. Bukan melalui tin kosong ataupun bukannya macam ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Bajet kerajaan negeri membuat rekod! Simpanan kewangan negeri di atas RM3 bilion. Sedangkan dalam rekod kerajaan negeri sebelum ini, jumlah itu tidak pernah dicapai sebaliknya kerajaan negeri hampir muflis dengan simpanan hanya sedikit di atas RM100 juta. Bayangkan!

Datuk Seri Musa Aman membuktikan bahawa dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, harga minyak mentah yang merundum dan bajet negeri untuk tahun 2016 tidak dikurangkan. Malah, dipertahankan dengan lebihan RM49 juta berbanding bajet persekutuan yang terpaksa diubah dan dikurangkan berikutan berdepan dengan aktiviti ekonomi yang sukar dan unjuran harga minyak mentah jauh daripada perkiraan.

Datuk Seri Musa Aman membuktikan bahawa melalui bekerja dan bukannya melalui suara mulut atau cerita-cerita retorik seperti mana perbuatan pemimpin pembangkang seperti Zainnal Ajamain, Sabah pesat membangun. Kenyataan Zainnal Ajamain itu membawa pengertian bahawa dia dan pembangkang tersangatlah cemburu dengan kejayaan Datuk Seri Musa Aman. Mereka tidak mampu berbuat demikian apatah lagi membantu rakyat kerana mereka itu semuanya hanya tin kosong!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook