Latest News

Thursday 24 March 2016

PERTUKARAN KERAJAAN SABAH: Pembelaan Anak-Anak Sabah & Bukan 'TAHUN KERACUNAN SABAH' (Bahagian Kedua)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tahun KERACUNAN SABAH dalam POLITIK... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DALAM sejarah politik Sabah semua mantan Ketua Menteri Sabah dan setiap parti yang memerintah Sabah mempunyai sumbangan tersendiri yang sangat besar kepada negeri Sabah. Antara kejayaan-kejayan yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu dan sekarang ialah kadar kemiskinan tertinggi pada tahun 1976 iaitu 58.3 peratus berjaya diturunkan kepada 19.7 peratus pada tahun 2009 dan angka ini terus menurun kepada 8.1 peratus pada tahun 2012. Dakwaan sesetengah pihak atau individu bahawa ada pemimpin yang tidak membela anak-anak sabah adalah tidak benar. Tujuan artikel ini akan mencerita beberapa orang pemimpin yang berjasa besar dalam pembangunan Sabah dari tahun 1963 sehingga hari ini. Penggabungan Sabah dengan Semenanjung Malaysia pada tahun 1963 telah diketuai oleh Ketua Menteri yang pertama iaitu Tun Muhammad Fuad Donald Stephens yang merupakan pengasas kepada United National Kadazan Organisation (UNKO). 

Kejayaan UNKO ialah telah membawa sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963. Hal ini menyebabkan kepada membawa penggabungan Sabah, Sarawak dan Semananjung Malaysia. Selain daripada itu, UNKO merupakan parti politik yang terawal di negeri sabah yang membawa kepada kematangan dalam politik. 

Kemudian dalam tahun 1967, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang diketuai oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun telah menerajui Sabah. Pada masa ini, Tun Mustapha antara individu yang banyak memperjuangkan tentang hak dan pembangunan Sabah. Selepas parti USNO memerintah Sabah, parti BERJAYA telah memerintah negeri Sabah dengan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri tahun 1976. Dalam era ini, BERJAYA telah melaksanakan beberapa projek pembangunan antaranya penubuhan Koperasi Pembanguan Desa (KPD), Koperasi Serbaguna Nelayan (KO-Nelayan) dan Koperasi Serbaguna Rakyat Jelata (KOJASA).

Selepas kerajaan BERJAYA memerintah, parti PBS pula yang memerintah di bawah Pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Dalam era ini, pembangunan telah dilaksanakan. sebagai contoh, peruntukan pembangunan setiap tahun bagi setiap kawasan luar bandar menerima daripada RM250,000 pada 1986 dan meningkat kepada lebih RM1 juta pada 1990.

Pada tahun 1990, USNO bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan sayap ke Sabah. Tun Mustapha menjadi Pengerusi pertama UMNO Sabah setelah USNO dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1991. UMNO, selepas tahun 1994, pembangunan rancak dilakukan untuk rakyat negeri Sabah. Dari segi pembangunan fizikal infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan dan tapak IT telah disediakan. Di samping itu, aspek pembangunan modal insan turut diperkasakan dan sememangnya kerajaan menggalakkan penubuhan beberapa institusi pengajian tinggi seperti kolej dan kolej universiti, politeknik serta pusat-pusat latihan industri dan kemahiran. Kerajaan Negeri telah mewujudkan sebuah Hab Pendidikan di daerah Sandakan. Kejayaan paling besar dan dianggap sebagai mercu tanda kemajuan pembangunan modal insan di Sabah ialah penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 1994. Sejak ditubuhkan 19 tahun lalu, UMS telah berjaya melahirkan lebih 35 ribu orang graduan yang berkelulusan dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran. 

Dalam tempoh ini juga, kerajaan telah berjaya mengurangkan bilangan isi rumah termiskin daripada sejumlah 25,400 bilangan keluarga pada tahun 1993 kepada 16,700 keluarga pada tahun 1995. Selain daripada itu, Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri sabah antaranya ialah program eKasih. Sabah mempunyai kelebihan dalam program ini dengan kerajaan telah menggariskan kemiskinan kita tinggi seperti definisi di atas. 

Fakta menunjukkan sebanyak 52,930 ketua isi rumah di sabah telah berdaftar dalam program ini. Sehingga Disember 2012 seramai 21,637 orang peserta negeri Sabah telah menyertai Program 1AZAM Sabah di bawah pelaksanaan kerajaan negeri dan antara penglibatan tertinggi antara negeri di Malaysia. Hal ini juga turun menyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan di Sabah.

Tuntasnya, walaupun Sabah ialah negeri paling banyak menukar parti pemerintah sebanyak lima kali dan mempunyai 13 mantan Ketua Menteri daripada pelbagai parti, Sabah juga merupakan negeri yang pesat dalam pembangunan. Hal ini menidakkan tanggapan yang menyatakan ada pimpinan mantan ketua menteri Sabah sebagai tahun kehancuran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook