Latest News

Wednesday 23 March 2016

PERTUKARAN KERAJAAN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tahun KERACUNAN SABAH dalam POLITIK... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PARTI UMNO hanya bertapak di Sabah pada tahun 1991 secara rasminya dan mula menjadi tunjang kerajaan negeri pada tahun 1994.  

Sebelum itu, parti DAP yang didaftarkan di Semenanjung sudah lama menyertai pilihan raya. Malah, kerap menang kerusi sama ada di Parlimen Sandakan atau Kota Kinabalu.

Pertukaran kerajaan Sabah, 100 peratus disebabkan oleh rakyat Sabah oleh kerana parti yang mengambil alih kerajaan atau yang kalah 100 peratus pemimpinnya juga daripada Sabah. Demikiannya juga yang mengundi semasa pilihan raya, yakni 100 peratusnya orang atau rakyat Sabah. 

Keputusan menukar kerajaan secara 100 peratus ditentukan oleh rakyat Sabah. Apa yang berubah bermula tahun 1994 hingga 2004 adalah apabila BN memerintah Sabah, maka diwujudkan pengiliran jawatan Ketua Menteri antara Bumiputera Islam, bukan Islam dan Cina.

Dakwaan sebelum tahun 1994 bahawa pertukaran kerajaan disebabkan oleh pemimpin Semenanjung hanya persepsi negatif semata-mata. Ini kerana mereka itu mengadili hubungan pemimpin yang mengambil alih kerajaan itu dengan para pemimpin daripada Semenanjung.

Mengapa tahun 1985 hingga 1994, kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Pairin Kitingan tidak dihubungkan dengan pemimpin Semenanjung? Sedangkan, apa yang nyata penubuhan PBS tahun 1985 adalah atas restu daripada Tun Musa Hitam, di mana pada masa itu beliau sedang memangku Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Persoalannya, mengapa hanya melalui kejatuhan Tun Mustapha dan Tan Sri Pairin Kitingan dikaitkan dengan Malaya? Dan mengapa kejatuhan Harris tidak pula? Analisa dan komen serta dakwaan page facebook dan pengomennya itu, sebenarnya tidak adil dan bukan berasaskan kepada keadaan yang sebenar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook