Latest News

Wednesday 16 March 2016

PRINSIP HUTANG: Sabah Berhutang 2.6 Bilion Selepas Pahang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah Berhutang 2.6 Bilion Selepas Pahang... Oleh Blog Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot)

HUTANG adalah satu cara mendapatkan wang tunai untuk membiayai keperluan yang tidak dapat ditangguhkan atau diundurkan. Atas sebab itu, dalam konsep perniagaan hutang adalah sebahagian daripadanya. Mereka yang berniaga menjadikan bank sebagai teman dan menyokong untuk keperluan tunai. Wang yang diberikan adalah pinjaman atau hutang.

Dalam urusan kerajaan pula, kerajaan terpaksa berhutang untuk keperluan rakyat yang mendesak. Keperluan rakyat seperti bekalan air bersih luar bandar, bekalan eletrik luar bandar dan jalan perhubungan luar bandar adalah keperluan mendesak rakyat yang perlu dibuat dalam masa secepat yang mungkin. 

Jika kerajaan Persekutuan yang memerlukan kewangan, maka akan meminjam di Bank Dunia atau badan-badan kewangan antarabangsa. Manakala negeri-negeri pula akan berhutang kepada kerajaan persekutuan jika memerlukan wang tunai segera bagi memenuhi pembangunan mendesak untuk kepentingan rakyat.

Boleh sahaja negeri tidak berhutang tetapi keperluan rakyat tidak dapat ditunaikan dengan segera! Benar, bukan?

Kerajaan negeri berhutang atas sebab telah mempertimbangkan kos berimbang. Melalui pembinaan kemudahan asas atau infrastruktur melalui pinjaman, maka ianya membawa pulangan kepada kerajaan kerana infrastruktur yang dibina itu boleh menjana pendapatan kepada kerajaan.

Adalah asas utama sesuatu negeri yang semakin maju, maka hutang kerajaan itu akan semakin meningkat. Sebabnya, tujuan berhutang adalah pemangkin kepada pendapatan di hadapan yang bakal diperolehi. 

Sabah berhutang kepada persekutuan dengan menggunakan konsep perniagaan bahawa setiap satu sen yang dibelanjakan akan membawa pulangan berganda kepada negeri dan rakyat. 

Bercakap soal hutang atau pinjaman, mesti mengetahui benar-benar “the beauty” di sebalik hutang atau pinjaman. Jika tidak, maka anda akan sama dengan penulis blog itu yang menganggap hutang atau pinjaman sebagai beban.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook