Latest News

Monday 21 March 2016

"RESPON Untuk The VOICE of Borneo"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) alleh-don't you think... Oleh FB Page The VOICE of Borneo (screenshot)

LAMAN ini tidak habis-habis dengan isu keluar daripada Malaysia dan menyebarkan perkara yang negatif untuk masyarakat. Namun, penghujahan lemah yang mengatakan keperluan keluar dari Malaysia dan kenyataan yang seterusnya menggelar pemimpin-pemimpin sabah sebagai pengkhianat adalah sangat berat. 

Nampak sangat bahawa sebenarnya admin laman The VOICE of Borneo sangat tidak rasional dan sentimen semata-mata. Untuk pengetahuan admin laman ini yang terlalu degil, kerajaan persekutuan tidak pernah mencuri kekayaan negeri Sabah sedangkan jika dikuti hasil negeri hanya sedikit dibandingkan bantuan daripada kerajaan persekutuan yang lebih banyak untuk pembangunan Sabah

Isu yang diangkat laman Voice Of Boneo sekarang bila maklum balas Datuk Seri Salleh Said Keruak mengenai pungutan suara terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir boleh membuka kepada referendum lain termasuk oleh negeri-negeri yang mahu keluar Malaysia.

Datuk Seri Salleh Keruak cuma mengambil contoh jika negeri-negeri lain cuba untuk mengunakan referendum akan mengambil peluang ini adakah ianya sah? Itu perkara yang perlu difikirkan oleh rakyat negara Malaysia.

Pertama, penggunaan referendum ini adalah tidak sah di negara malaysia kerana semua perkara atau dasar yang melibatkan kerajaan tertakluk kepada parlimen dan perlembagaan sekalipun ada referendum dibuat untuk keluar daripada Malaysia.

Perkara ini tidak akan berjaya kerana tertakluk dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Malaysia. Mengikut Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri Persekutuan. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian negeri yang sah dalam Persekutuan dan dengan itu tidak boleh keluar daripada Persekutuan. Malah, langkah memisah Sabah daripada Malaysia adalah bertentangan dengan Perkara 7 dalam senarai Perjanjian 20 perkara (Sabah) yang menjadi asas pembentukan Malaysia. Segala undang-undang baru yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook