Latest News

Saturday 26 March 2016

Sejarah Pelarian Filipina Di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) jasa baiK umno BN yang mendatangkan kesan buruk jangka panjang... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

TAHUN 70-an, apabila berlaku perang saudara di Selatan Filipina, maka Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) mendesak Malaysia agar memberi perlindungan kepada orang awam Filipina yang menjadi pelarian yang disebabkan perang itu. Untuk menampung pelarian itu, dibinalah penampungan sementara di Kota Kinabalu (di mana lokasi itu dikenali sebagai pasar 'Philippines'). Para pelarian daripada Filipina itu, diberikan kad UNHCR atau IMM13 sebagai dokumen sah bagi mereka menetap sementara di Sabah.

Memang selepas perang saudara telah tamat, ada pelarian yang masih tinggal di Sabah dengan menggunakan IMM13. Namun, dokumen itu bukanlah pasport untuk mendapatkan kewarganegaraan. Bohong, dikatakan, jika tiada daripada mereka diberikan kerakyatan. Namun, jumlahnya tidaklah sampai mempengaruhi jumlah rakyat Sabah apatah lagi jumlah mereka itu, mempengaruhi undi dalam pilihan raya.

Kalaulah benar, mereka itu boleh mempengaruhi pilihan raya seperti mana dakwaan itu, sudah tentu kawasan seperti Kota Kinabalu, Sandakan atau kawasan-kawasan sekitarnya akan dimenangi oleh Barisan Nasional kerana kawasan-kawasan bandar merupakan tumpuan utama para pelarian tersebut.

Namun, setiap pilihan raya, kawasan-kawasan bandar di mana terdapatnya ramai pelarian, BN tidakpun menang. Dengan perbalahan sedemikian adalah tidak benar para pelarian tersebut dijadikan pengundi oleh BN untuk menang.

Pemilik facebook itu, sebenarnya bercakap atas khayalan sendiri kerana tidak disokong oleh fakta lapangan yang sebenar dan tepat atau dengan kata lain, dakwaan pemilik facebook itu tiada asas langsung!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook