Latest News

Thursday 31 March 2016

SENARAI FITNAH KARUT Remove Musa Remove UMNO Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SAYA AMBIL dan SHARE DARI REMOVE MUSA GROUP.... Oleh FB Fred Rick Jns (screenshot)

MEREKA yang kongsi cerita ini, sebenarnya tidak tahu apa yang dikongsi. Oleh kerana tidak tahu dan hanya ikut-ikutan, maka diperbodohkan oleh page penabur fitnah dan pembohong "Remove Musa Remove UMNO Sabah". Page itu memang diwujudkan untuk membuat dakwaan palsu dan bohong. Sebagai contoh, dakwaan yang dikongsikan itu sebenarnya dakwaan palsu.  Bagi mereka yang tahu cerita, kalau merujuk “blok L dan M” sebenarnya kawasan minyak di kawasan Brunei itu yang diberikan kepada Brunei, namun diusahakan secara bersama-sama dengan Petronas. Cerita berkaitan blok minyak itu langsung tiada kaitan dengan Datuk Seri Musa Aman dan juga dakwaan RM40 juta komisyen permit yang sebenarnya tidak pernah wujud.

Kalau berkaitan ahli UMNO sehingga tahun 2016 termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri, jumlah UMNO Sabah hanya 526,000 ahli. Memandangkan dakwaan page itu bermula sejak tahun 2004 yang kononnya 400,000 PATI direkrut jadi ahli UMNO, maka rakyat sebenar yang menjadi ahli UMNO hanya 126,000 ahli, di mana logiknya? Oleh kerana yang mendakwa ini adalah kalangan etnik bukan Bumiputera Islam, maka dengan sendirinya menafikan rakyat Bumiputera Islam Sabah sebagai rakyat.

Bagi penyokong pembangkang khususnya daripada etnik Bumiputera bukan Islam, menganggap bahawa mereka yang menjadi ahli UMNO yang majoriti Bumiputera Islam adalah PATI, termasuk Tan Sri Pandikar Amin, Dato' Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak mahupun Datuk Seri Musa Aman.

Berkaitan pemindahan penduduk Pulau Gaya ke Kinarut itu sebenarnya untuk tujuan memudahkan pengawasan kerana pulau itu sebelum ini dijadikan sebagai tempat pelarian. Dengan mengosongkan dan agihan pulau itu, maka pihak berkuasa dengan mudah dapat mengawal mereka yang masuk ke Sabah secara haram.

Memang telah menjadi masalah kerajaan berkaitan pendatang haram. Berjuta ringgit digunakan untuk mencegah kedatangan mereka ini. Mereka yang tidak faham bagaimana terseksanya kerajaan berdepan dengan isu pendatang haram ini. Beratus juta dibelanjakan melalui ESSCOM semata-mata mencegah kemasukan pendatang haram. Kalaulah tiada pendatang haram, wang ratusan juta itu boleh membina ratusan kilometer jalan atau ribuan rumah untuk rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook