Latest News

Tuesday 29 March 2016

SIAPA YANG UMUM PROJEK BERBILION RINGGIT?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DEKLARASI RAKYAT SEMUA UMNO TERBAKAR, MARAH DAN MENGAMUK GILA... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen  (screenshot)

NAMPAKKAH cara pembangkang memutar belit sesuatu isu dengan menulis yang kononnya kerajaan telah umumkan berbilion ringgit untuk membina infrastruktur, dengan tidak mengemukakan sebarang bukti siapa yang mengumumkannya, akan tetapi terus mendakwa yang kononnya ada pengumuman sedemikian.

Tujuan pemilik facebook itu adalah untuk bermain psikologi kepada rakyat, seolah-olah kerajaan berbohong kerana tidak menunaikan janji. Sedangkan, tiada sesiapapun yang mengumumkan projek berbilion ringgit, kecuali pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak yang berkos RM27 bilion dan itupun akan siap pada tahun 2025. 

Sabah hanya mempunyai bajet di atas RM3 bilion. Bajet itu meliputi semua bidang termasuk bayaran gaji kepada kakitangan awam. Memang benar, melalui bajet itu ada peruntukan untuk infrastruktur, namun bukanlah berbilion yang hanya bernilai ratusan juta.

Para penggiat media sosial perlu peka terhadap maklumat, terutama yang dibawa pembangkang atau penyokong mereka. Oleh kerana berbagai cara mereka lakukan, termasuklah bermain psikologi dan fitnah tanpa asas.

Berkaitan dengan 'Deklarasi Rakyat', para penyokong UMNO tidakpun terganggu. Ini kerana ianya hanya deklarasi pembangkang dan penyokongnya dan bukanpun mewakili rakyat secara keseluruhan.  Memang telah diakui bahawa rakyat negara ini sudah terbahagi dua, iaitu penyokong kerajaan Barisan Nasional dan penyokong pembangkang. Parti mana yang akan menang sebenarnya bukan bergantung kepada undi popular, akan tetapi undi setempat. Atas sebab itu, parti-parti Barisan Nasional menumpukan kepada kawasan-kawasan tradisi parti itu untuk meneruskan penubuhan kerajaan. 

Deklarasi Rakyat atau Deklarasi Mahathir atau Kongres Rakyat hanya mempunyai pengaruh di bandar-bandar, kerana sememangnya kawasan-kawasan itu adalah kawasan pembangkang. Tanpa atau adanya Deklarasi Rakyat itu, trend pengundian di kawasan-kawasan bandar akan tetap memilih pembangkang. Dengan kata lain, Deklarasi Rakyat, sebenarnya tidak menukar 'status quo' politik tanah air.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook