Latest News

Friday 11 March 2016

TANAH SABAH: TIDAK Ada Kuasa Dato' Seri Najib Razak

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SABAH bukan kepunyaan Sulu dan yang sebenarnya Malaya ada ''hutang'' dengan mereka... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

AGAK-AGAKNYA gila barangkali penulis artikel itu. Kemudian diviralkan oleh yang tidak siuman pula. Dengar sini! Sejak azali lagi Perdana Menteri yang berasal daripada negeri-negeri lain di negara ini tidak ada kuasa berkaitan tanah di Sabah. Tanah Sabah yang ada berkuasa adalah Ketua Menteri Sabah dan juga yang pasti ialah pemimpin yang boleh menjadi Ketua Menteri Sabah adalah penduduk Sabah sendiri. Lainlah halnya jika Perdana Menteri adalah Datuk Seri Musa Aman. Jika artikel itu menulis berkaitan Datuk Seri Musa Aman, mungkin ada benarnya oleh kerana Datuk Seri Musa Aman selaku ketua menteri mempunyai kuasa itu. Ini pula menulis dengan mengaitkan Dato' Seri Najib Razak. Membaca sahaja tajuk artikel itu sudah diketahui 100 peratus ianya laporan atau cerita palsu!


Mereka yang menulis cerita atau laporan berkaitan tanah Sabah kena hati-hati agar supaya tulisan mereka itu dianggap benar jika sekiranya mereka mengetahui duduk perkara undang-undang tanah negeri Sabah. 


Mungkin saja laporan portal itu mahu melariskan jualan surat khabar. Atas sebab itu, menulis tajuk sensasi sempena pencerobohan pengganas Sulu di Kg. Tanduo, Lahad Datu pada Mac 2013 yang lalu.


Bagi rakyat Sabah yang memahami undang-undang tanah Sabah, apabila melihat tulisan itu langsung tidak membacanya kerana melihat sahaja kepada tajuknya ianya sudah menunjukkan suatu pembohongan. Namun, pelarian Doris Jones yang mengaku berasal dari Sabah dan mengaku serba tahu kononnya mendedahkan! Sebenarnya, dia tidak tahu apa-apa berkaitan Sabah. Jadi, propagandanya konon membela Sabah terbukti auta semata-mata.  

Satu soalan mudah, bagaimana membela Sabah dan rakyatnya sedangkan undang-undang tanah Sabah pun dia tidak tahu?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook