Latest News

Tuesday 22 March 2016

Tiada Istilah 'Penjajahan'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa yang Sukarno kata dahulu adalah benar belaka... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(ii) Benar kata-kata Presiden Sukarno... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)


Istilah penjajahan hanya berlaku antara benua. Misalnya, benua Europah memerintah Asia atau benua Amerika memerintah Asia. Dalam keadaan demikian istilah penjajahan terguna pakai. Belanda memerintah Indonesia, maka penjajah. Sepanyol memerintah Filipina, maka penjajah. Filipina dikuasai Amerika Syarikat, maka digelar penjajah. 

Jika berlaku pada keadaan satu benua, bukannya penjajahan! Sebaliknya, atas pilihan rakyat sesuatu kawasan. Sebagai contoh, percantuman di antara Vietnam Utara dan Selatan bukannya penjajahan sebaliknya atas kehendak rakyat. 

Demikian juga berlaku apabila Sabah dan Sarawak, Singapura dan Malaya bergabung menjadi negara Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Itu bukannya berbentuk penjajahan tetapi penggabungan atas kehendak rakyat. Maka dengan ini, tiada istilah penjajahan berlaku kepada Sabah dan Sarawak.

Presiden Pertama Indonesia hanya mengingatkan, agar negara baru yang dibentuk bukannya berpaksi kepada bekas penjajah kerana jika itu berlaku, maka ianya berbentuk penjajahan secara tidak langsung.  Kini terbukti, amaran Soekarno itu memang tidak berasas dan tidak terbukti apabila amalan pemerintahan negara adalah berasaskan kepada acuan sendiri meskipun masih menggunakan asas undang-undang peninggalan penjajah iaitu sistem pemerintahan British.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook