TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) RAKYAT SABAH SEMAKIN TERTEKAN DAN HIDUP MENDERITA AKIBAT JANJI PALSU KERAJAAN... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(ii) Pairin Kitingan aka PBS kalau tidak berubah atau membuat perubahan... Oleh FB Jalin Juin (screenshot)
MEREKA yang berkata dan mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya berjanji palsu adalah mereka yang sudah menutup kebenaran fakta. Mereka telah mengunci hati mereka yakni mereka telah menukar warna putih kepada hitam atau mereka telah menukarkan hari siang kepada malam. Apabila mereka-mereka itu bertindak sedemikian, maka sebarang pembelaan kerajaan terhadap rakyat dianggap palsu.
Sebenarnya, mereka-mereka itu termasuklah pemilik akaun facebook yang menamakan dirinya Edward Stephen Edward Stephen yang merupakan sebahagian daripada mereka yang telah mengunci hati mereka yang hanya untuk satu tujuan membawa rakyat lain kepada dakwaan kepalsuan.
Lihat sahaja beberapa orang yang menganggap dakwaan itu di mana jumlahnya seperti melukut di tepi gantang. Bagaikan air di daun keladi.
Kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman yang terus membawa pembangunan kepada rakyat Sabah, prinsip beliau sangat jelas apabila rakyat senantiasa makmur dan sejahtera, maka itulah satu kebahagian kepada perjuangan beliau.
Rakyat yang menyokong kerajaan sebenarnya tidak terfikir setiap ucapan para pemimpin kerajaan merupakan palsu. Sebaliknya, semua ucapan itu merupakan akur janji dan satu janji yang wajib ditunaikan. Atas sebab di mata penyokong kerajaan, tiada yang palsu melainkan semuanya benar. Sebabnya, mereka menerima hakikat bahawa kerajaan benar-benar membawa pembangunan kepada rakyat dan seterusnya membela rakyat secara berterusan.
Bagi mereka yang membutakan hatinya termasuk pengamal media sosial dengan gambar kepala manusia yang tidak jelas dari planet mana datangnya, semua fakta yang benar dikatakan palsu. Pemilik facebook itu mungkin sudah mengubah makanan hariannya yang bukan lagi nasi sebaliknya batu kerana menganggap nasi itu batu dan batu itu pula nasi.
Tindakan seorang pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan adalah mengharapkan sokongan terus daripada ahli dan penyokong parti itu kerana melalui sokongan itu sahaja pemimpin akan dapat mengorak langkah ke depan untuk membantu dan membela rakyat.
0 comments:
Post a Comment