Latest News

Wednesday 2 March 2016

TULUN SABAH: Sila Bayar CUKAI Sebelum Bercakap!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah dijanjikn pmbgnan sama maju dengan Malaya... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

BAYAR cukai pun tidak! Inikan pula bercakap berkaitan pembangunan. Sudahlah berselindung di sebalik nama palsu, kenyataannya pun ke laut dan merapuh!
  
Pembangunan berasaskan “in-situ” maka atas sebab itulah 'tidak' boleh membandingkan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.

Asas pembinaan infrastruktur adalah kos berimbang. Ertinya, mana-mana infrastruktur yang dibangunkan itu boleh menjana pendapatan sesuai dengan kos yang dikeluarkan.

Dengan sebab itu, di bandar kota raya mempunyai jalan raya berbagai lorong dan sudah tentunya untuk menampung kesesakan lalu lintas. Demikian juga di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung, jalan raya dibina sehingga enam (6) lorong berikutan untuk menampung jumlah kenderaan yang melalui jalan itu.

Siapa yang tidak inginkan jalan raya seumpama itu di bina di Sabah. Akan tetapi, apakah ianya berbaloi dengan kos yang bakal dibelanjakan? Jika memakai baju kenalah ukur di badan sendiri dan jangan pula ukur dengan badan gajah.

Kalau membina 6 lorang jalan di Sabah khususnya di kawasan pedalaman, siapa yang melaluinya? Paling pun yang menjadi pengguna tetap adalah binatang ternakan seperti lembu atau kerbau atau binatang-binatang liar yang lain. Adakah anda faham maksud disebaliknya? Sedangkan, jalan dua (2) lorong pun, sedikitnya kenderaan yang melaluinya sehingga pemanduan boleh memecut seperti 'Formula One' kerana tiada halangan.

Di Sabah, bukan tidak langsung jalan raya berlorong seperti di Seremban itu. Sila cuba lalu di kawasan-kawasan yang kerap mengalami kesesakan, pasti jalan berbagai lorong akan dibina. Sebagai contoh, Jalan Putatan-Papar, Jalan Lintas, Bandaraya Kota Kinabalu, Jalan Pantai, Kota Kinabalu atau Jalan Lapangan Terbang Sandakan dan Tawau.

Tulun Sabah, anda kena tunggu sehingga kos berimbang tercapai seperti mana jalan-jalan di bandar di Semenanjung, maka pastinya jalan berkembar akan dibina di sini. Tahukah anda? Jalan berkembar di Seremban itu memerlukan masa lebih 60 tahun baru dapat dibina.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook