Latest News

Tuesday 8 March 2016

YA! SEMEMANGNYA PEMBANGKANG MENGHALALKAN CARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pembangkang sudah hilang maruah – Bung Moktar... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

APA yang dimaksudkan oleh Datuk Bung Moktar Radin, MP Kinabatangan dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO itu adalah pembangkang harus sedar bahawa dalam sistem demokrasi Malaysia, hanya parti yang menang dalam pilihan raya sahaja yang boleh menduduki jawatan 'Perdana Menteri'. Tiada cara pembangkang menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih oleh parti-parti yang menang dalam mana-mana pilihan raya. Seorang Perdana Menteri yang dipilih oleh parti-parti yang menang hanya boleh digantikan oleh parti-parti yang menang sahaja.

Konspirasi antara pihak pembangkang dengan Tun Dr. Mahathir, Mantan Timbalan Perdana menteri yang dipecat dan MB Kedah yang dipecat, tidak akan membawa kepada penggantian 'Perdana Menteri'. Dengan demikian, cara mereka itu sebenarnya satu tindakan menghalalkan cara kerana ianya bukan berasaskan kepada sistem yang diamalkan di Malaysia.

Impak kepada konspirasi itu hanya mahu mewujudkan huru-hara dalam negara jikalaupun berlaku demonstrasi jalanan. Meskipun berlaku demonstrasi, selagi parti-parti yang menyokong pelantikan perdana menteri masih teguh, maka tindakan itu tetap tidak akan boleh menggantikan perdana menteri yang baru.

Kedudukan perdana menteri akan hilang apabila berlaku kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat seperti mana berlaku kepada Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir kehilangan sokongan ADUN. Umum mengetahui bahawa daripada 134 ahli Dewan Rakyat, 132 berdiri teguh di belakang Dato' Seri Najib Razak. Daripada 191 Bahagian UMNO, 188 Bahagian berdiri teguh di belakang Dato' Seri Najib. Daripada 48 AMT UMNO, 46 berdiri teguh dibelakang Dato' Seri Najib Razak. Dari segi pengiraan matematik, tidak ada cara menurunkan Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Tindakan Tun Dr. Mahathir bersama-sama pemimpin pembangkang dan NGO pro pembangkang membuat deklarasi dan mengatasnamakan rakyat hanya tindakan gimik kerana tindakan mereka itu banyak persoalan yang timbul berbanding penyelesaiannya. Mereka menggunakan atas nama rakyat? Rakyat yang macam mana? Sedangkan, parti-parti politik yang disokong rakyat berdiri teguh di belakang Dato' Seri Najib Razak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook