Latest News

Wednesday 16 March 2016

Zainnal Ajamain Sudah Jadi Kaki Fitnah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa cakap Aman... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(ii) Siapa yang Temberang ni... Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)
(iii) Apa... Oleh Dusun Ausie (screenshot)
(iv) SIAPA AGAKNYA PARTI PEMBANGKANG YANG PERNAH MENERAJU KERAJAAN NEGARA SABAH PADA MASA LALU... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)


KALI ini Zainnal Ajamain cuba untuk memanipulasikan kenyataan Ketua Menteri Sabah mengenai isu keselamatan bersama dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri. Persoalan yang terbesar daripada penulis pembangkang kaki fitnah ini telah menviralkan kenyataan Ketua Menteri Sabah mengenai keselamatan rakyat sabah yang terjamin seratus peratus daripada ancaman penganas?  

Zainnal Ajamain sengaja menokok tambah dan wujudkan perkara ini untuk mendapat perhatian murahan. Sebenarnya, tidak pernah pun Datuk seri Musa Aman mengeluarkan kenyataan seperti yang diviralkan. Dan secara logiknya tiada dalam dunia ini negara yang boleh menjamin seratus peratus keselamatan rakyat hatta kerajaan Amerika Syarikat.

Zainnal Ajamain ialah manusia agak temberang dengan hanya tahu bercakap dan menulis tanpa tahu mengenai isu keselamatan ini. Yang bebalnya, para pengikut ajaran ini ada yang berkata kerajaan sengaja mengadakan cerita. Ingat Isu keselamatan ini isu satu gurauankah? Tentulah kerajaan telah buat perisikan yang mendalam mengenai isu ini. Dan untuk pengetahuan dalam program ESSCOM dan ESSZONE sahaja sejumlah sembilan (9) kes cubaan menculik untuk tebusan berjaya dipatahkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE) sejak 2014. Engkau rasa bolehkah buat ini tanpa ada perisikan?

Pengajarannya Zainnal Ajamain janganlah berlagak seperti tahu semua mengenai isu negara! Kita boleh tengok sendiri bagaimana barisan pertahanan kita berjaya dalam menangani isu keselamatan yang berlaku di Lahad Datu. Yang anda bercakap seperti perwira lagi temberang dan sekalipun betul kenyataan Dato' Seri Zahid Hamidi, kita kena percaya dengan kerajaan dalam menangani isu pengganas atau pemberontakan dengan melihat kejayaan sebelum ini.

Kesimpulannya, janganlah jadi seperti Zainnal Ajamain yang selalu buat kenyataan fitnah untuk mendapatkan publisiti murahan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook