Latest News

Monday, 11 April 2016

BEKALAN AIR DI RANAU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kawasan Parliament Datuk Masidi Manjun suku rumpun UMNO sudah jadi YB berapa Penggal... Oleh FB Millin Biok Jr  (screenshot)

BUKAN tiada infrastruktur, tetapi 'tadahan air' yang menjadi sumber loji air kering sehingga menjejaskan bekalan air ke rumah-rumah penduduk sekitar.  

Pemilik facebook itu mempunyai kuasa melebihi Tuhan kerana menyalahkan kuasa Tuhan berkaitan kekurangan air di Ranau. 

Datuk Seri Masidi Manjun tidak mempunyai kuasa Tuhan seperti mana pemilik facebook itu. Atas sebab itu, hanya mampu menyandarkan kepada Jawatankuasa Bencana Alam yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah telah mengkordinasi penghantaran bekalan air kepada rakyat yang terjejas.

Air memang merupakan keperluan asas. Kerajaan telah mencadangkan pembangunan Empangan Kaiduan, Papar bagi menampung keperluan air di Pantai Barat Sabah berikutan diperkirakan menjelang tahun 2035 akan berlaku krisis air di kawasan tersebut. Namun, pembinaan empangan itu mendapat halangan daripada pembangkang, termasuk pemilik facebook itu. Rupanya kuasa Tuhan yang ada pada pemilik facebook itu tidak boleh digunakan untuk mendatangkan hujan di kawasan-kawasan yang terjejas kerana akibat El-Nino, tetapi hanya tahu membebel dan meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Di Ranau, sebenarnya penduduk sangat berterima kasih kepada kuasa Tuhan yang memberikan air bersih dari gunung. Namun, akibat tindakan beberapa individu yang menembang kayu-kayan, maka sumber-sumber air terjejas. Seharusnnya, pemilik facebook itu menggunakan kuasa Tuhannya menghalang pihak-pihak yang merosakkan hutan atau menggunakan kuasa Tuhannya menurunkan hujan supaya air senantiasa tersedia di pusat-pusat tadahan hujan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook