Latest News

Wednesday 13 April 2016

BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB) KOTA MARUDU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KAMPUNG RASAK DARAT TIGAMAN- P168 KOTA MARUDU... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MASALAH utama kawasan Kota Marudu apabila musim kemarau dengan menerima curahan hujan yang sedikit.  Sumber air yang ada hanya berpunca daripada sungai Kota Marudu di mana airnya sangat terhad. 

Kawasan Timur laut Sabah khususnya kawasan Kudat, Pitas dan Kota Marudu daripada awal lagi tidak mempunyai sumber air yang mencukupi untuk diproses bagi memenuhi keperluan rakyat. Selain itu, jarak antara loji pemprosesan dengan kampung-kampung sangat jauh, termasuklah Kampung Rasak Darat Tigaman.

Dahulunya, kampung ini hanya diduduki beberapa keluarga yang berhijrah dari kampung-kampung berdekatan untuk tujuan meneroka tanah kosong, akhirnya terus menetap.

Kampung Rasak Darat Tigaman yang diduduki penduduk bersuku Iranun atau Bajau sama ada berasal dari Kota Belud atau Indarason, Kudat sebelum Sabah merdeka melalui Persekutuan Malaysia.

Memang, kampung itu tidak mengalami kemajuan dari  mula lagi sehinggalah pada masa sekarang!

Jika dahulu, sumber air tanah boleh dikatakan selamat untuk digunakan. Namun, sejak pembukaan ladang kelapa sawit, maka di katakan sumber air tanah tercemar oleh kerana penggunan racun rumpai oleh pemilik ladang, selain perembesan baja kimia sehingga mencemarkan air bawah tanah.

Dakwaan itu sebenarnya tidak semestinya benar kerana tanah mempunyai sistem penapisan yang alami sehingga bahan-bahan toksik biasanya akan ikut hanyut ke sungai mengikut aliran air semasa hujan. Oleh kerana air 'tube' pada ke dalaman lebih 10 kaki di bawah tanah, maka dakwaan Doris Jones bahawa air bawah tanah tercemar dan tidak dapat dibuktikan kerana kebiasaannya racun atau baja hanya berada di atas lapisan atas tanah dan bukannya ikut masuk ke dalam tanah.

Jika benarlah sumber air tercemar, maka seharusnya tiada lagi penduduk Kampung Rasak Darat Tigaman hidup pada hari ini. Ini kerana sejak tahun 70-an lagi, mereka menggunakan sumber air yang sedia ada. Oleh kerana masih ramai penduduk kampung itu dan tiada laporan bahawa penduduk kampung itu mengalami keracunan air atau ditimpa penyakit, maka dengan sendirinya dakwaan Doris Jones itu, hanya khayalannya sendiri!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook