Latest News

Friday 8 April 2016

BERITA PALSU PASAL 'GAJI'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah simpanan tetap Umno BN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

DI Malaysia sekarang terlalu banyak berita palsu yang dimuat naik melalui media sosial. Berita yang kononnya Perdana Menteri ada mengatakan bermulanya pada Julai 2016 bahawa gaji minima untuk Semenanjung dan 'warga asing' adalah pada kadar RM1000 sebulan, manakala bagi Sabah RM920 sebulan. Pastinya, 'berita palsu' ini datangnya daripada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab!

Sebenarnya, gaji minima untuk buruh di negara ini memang telah ditetapkan sejak tahun 2010 lagi dan bukannya pada Julai 2016.

Gaji minima adalah berasaskan kemampuan para majikan untuk menetapkan dan memberi gaji kepada buruh-buruh mereka. Kemampuan para majikan di Semenanjung adalah RM1000, manakala di Sabah RM920. 

Boleh sahaja kerajaan menetapkan gaji minima lebih tinggi daripada itu, akan tetapi tiada majikan yang mampu membayarnya. Jika itu berlaku, maka akan menyumbang kepada ramai penganggur atau jika majikan itu berkaitan dengan jenis niaga keperluan asas maka para majikan akan menaikkan harga produk mereka. Dengan itu, masalah yang dihadapi para majikan atau syarikat tersebut jika menaikkan harga produk mereka, adakah ianya boleh mendapat permintaan? Jika masih ada, ertinya para pengguna sanggup dan perlu membayar lebih tinggi atau mahal.

Atau, jika gaji minima ditinggikan maka ada kemungkinan besar syarikat yang tidak berkemampuan untuk membayar gaji tinggi akan tutup atau menghentikan operasi perniagaan mereka. Kalau ini berlaku maka semua pihak akan rugi. 

Majikan rugi, kerajaan rugi dan buruh juga akan bersama-sama rugi!

Pada kadar gaji seperti ini semua pihak dilihat dapat beroperasi dalam keadaan 'menang-menang'. Jika Tulun Sabah mempunyai kemampuan, maka boleh sahaja memberi gaji dua kali ganda daripada itu dan jangan hanya tahu bercakap melalui media sosial dengan modal internet yang percuma! Bikin malu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook