Latest News

Friday 1 April 2016

BLOGGER ITU TIDAK FAHAM APA ITU DEMOKRASI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Politik Salleh Said Menolak Demokratik... Oleh Wordpress Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot)
(ii) Politik Salleh Said Menolak Demokratik... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)


SANGAT bahaya apabila ada orang yang berfahaman bahawa demokrasi itu bukan berasaskan kepada pilihan majoriti. Sebaliknya, demokrasi itu boleh berlaku atas paksaan minoriti. Kerana mengguna pakai kemahuan minoriti kepada majoriti, bukanlah prinsip demokrasi, akan tetapi adalah prinsip kuku besi aka komunis.

Rupanya, penulis blog itu berfahaman komunis dan sebab itu ia menolak prinsip demokrasi!

Sistem demokrasi, tiada sebab minoriti menguasi majoriti. Dalam sistem demokrasi, tiada sebab sesuatu perubahan dilakukan tanpa melalui proses demokrasi.

Di Malaysia, pemerintahan dipilih secara demokrasi melalui sistem pilihan raya. Ertinya, setiap perubahan pemerintahan perlu dilakukan melalui pilihan raya.

Agak dungunya penulis blog itu yang kononnya sistem pilihan raya Malaysia tidak demokratik. Jika tidak demokratik, tidak mungkin ada calon pembangkang boleh menang dan tidak mungkin sesebuah negeri dimenangi oleh pembangkang. Benar, bukan? Sedarkah penulis blog itu pada sesebuah negara yang tidak demokratik, setiap adanya pemilihan yang kononnya bertopengkan demokrasi, maka kerajaan mendapat undi 98 peratus dan tiada seorangpun calon pembangkang boleh menang.

Di Sabah sahaja pada PRU-13 lalu, 11 kawasan DUN milik parti BN telah jatuh ke tangan pembangkang. Manakala 2 kawasan Parlimen juga jatuh ke tangan pembangkang, termasuk kekalahan dua Presiden Parti Komponen BN. Kalau sistem pilihan raya negara tidak demokratik, mana mungkin presiden sesebuah parti boleh kalah! Fikir-fikirkan!

Penulis blog itu seolah-olah seperti seekor kucing bermain-main dengan ekornya. Ertinya, syok sendiri! Ekoran kerana kesyiokan sendiri, pandai pula mengata dan berhujah. Sedangkan, hujahnya bukan sahaja kurang bijak, akan tetapi terlalu dungu! Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tetapi itulah hakikatnya.

Siapalah penulis blog itu bercakap soal-soal demokrasi berbanding Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak yang telah berkecimpung dalam politik demokrasi sejak tahun 70-an, yakni telah kalah menang dalam pilihan raya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook