Latest News

Friday 8 April 2016

CAPAIAN INTERNET NASIONAL: Kerajaan Utamakan Keperluan Bukan Semata-mata Kehendak Segelintir


ISU yang terbaru ialah mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengenai kerajaan Malaysia lebih mengutamakan penyediaan capaian internet kepada sebanyak kawasan yang mungkin di seluruh negeri telah mendapat respon yang negatif daripada segelintir masyarakat yang suka mempolitikkan perkara ini.

Usaha kerajaan ini memang tepat dan baik sebagaimana yang kita tahu Malaysia merupakan negara yang membangun yang mementingkan pembangunan luar bandar. Memang benar, ada negara jiran yang lain mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding negara kita. Tetapi negara yang lain tidak seperti negara kita apabila di masa akan datang mempunyai capaian internet setiap pelusuk negara. Kebanyakan negara yang mempunyai capaian internet yang tinggi hanya memfokuskan bahagian bandar sahaja atau fokus untuk suatu tempat sahaja.

Isu negara kita sebenarnya bukan isu kelajuan internet tapi lebih kepada isu untuk mendapatkan 'capaian' internet yang lebih meluas. Oleh yang demikian, keperluan untuk capaian internet ini harus dilaksanakan. Selain daripada itu, dengan adanya capaian internet di luar bandar, masalah telekomunikasi juga dapat diatasi.

Di Sabah, kerajaan telah mewujudkan sebanyak 96 (terkini) Pusat Internet 1Malaysia, 856 WiFi Komuniti dan 212 menara telekomunikasi di bawah inisiatif Time 3. Pembangunan internet ini akan bertambah saban tahun bagi memastikan keperluan rakyat sabah. 


Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M)
Selain itu, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tuntasnya, kerajaan tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat di Sabah dan amnya di seluruh negara untuk mendapatkan capaian internet seperti yang didakwa oleh segelintir pihak yang hanya tahu cakap dan mementingkan diri mereka semata-mata.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook