Latest News

Saturday 9 April 2016

DORIS SIAPA TIDAK KENAL SI PENGHASUT MULUT CELUPAR: Kini, Pemboikot Sawit?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini juga lama sudah saya bertanya kepada ramai Sabahan, apa untung kamu tanam... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KENYATAAN Doris Jones mengenai tanaman kelapa sawit tidak menguntungkan rakyat dan negeri sabah adalah fitnah dan auta! Ini kerana siapa tidak kenal si srikandi palsu ini, si penghasut besar dan mulut celupar sebesar tempayan! Doris Jones tidak pernah mendalami industri sawit negeri Sabah dan senang-senang hanya membuat kesimpulan terhadap untung rugi industri sawit.

Untuk maklumat Doris Jones, di negeri Sabah pertumbuhan sektor perkilangan dan pemprosesan 'minyak sawit' sehingga tahun 2005, terdapat sebanyak 105 kilang memproses buah sawit, 12 buah kilang pelumat isirong dan lapan (8) kilang penapis telah wujud di Sabah. Hal ini menunjukkan bahawa industri sawit membawa pulangan ekonomi kepada penduduk negeri Sabah sendiri.

Melalui pelabuhan Lahad Datu, Sandakan dan Tawau telah menjangkau 5.3 juta tan dengan nilai eksport RM7 billion yang memyumbang kepada pendapatan ekonomi kepada kerajaan negeri Sabah setiap tahun.

Adakah ini perlu diboikot wahai si penghasut? Sungguh kasihan dan melucukan!!

Selain daripada itu, kewujudan FELDA di setiap daerah yang menjalankan industri sawit ini telah menunjukkan peningkatan sosioekonomi yang baik saban tahun.

Pendek kata, fitnah Doris Jones ini sangat bahaya jika kita menerima bulat-bulat kenyataan yang dikeluarkannya. Boikot yang dianjurkan akan membawa kepada kehilangan punca pendapatan rakyat yang terlibat dengan kegiatan ekonomi ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook