Latest News

Monday 25 April 2016

DORIS Tidak Pernah Berhenti Memfitnah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Berita Musa Aman rasuah tidak hari-hari... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORIS Jones memang tidak pernah berhenti untuk menyebarkan fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman.

Yang terbaru mengenai tuduhan rasuah yang 'tiada-tiada' secara membabi buta terhadap Datuk Seri Musa Aman. Benarlah, si pelarian ini ketiadaan isu dan bosan serta khuatir akan pendapatannya pada bulan depan akan berkurangan kerana penurunan statistik pengunjung terhadap halaman 'page' muka bukunya mahupun blog.

Doris Jones, hakikatnya telah melanggar prinsip undang-undang dalam negara dengan menyebarkan fitnah berasaskan kepentingan diri sendiri bagi mendapat publisiti murahan. Doris Jones dari dulu sehingga kini, kesemua tindakan kerajaan yang baik tetap saja dibangkang. Hal ini terang-terangan menunjukkan ada sesuatu yang ingin dicapai atau suatu macam muslihat yang pembaca AFS kena perlu fikirkan bersama.

Tuduhan-tuduhan yang diberikan mengenai rasuah sudah lama dibuat kertas siasatan, selesai dan telah ditutup oleh pihak SPRM. Maka, Doris Jones tidak layak untuk mempertikaikan undang-undang yang telah dilaksanakan di negara kita. Tapi si pelarian ini memang dilahirkan sebagai penghasut sebagaimana dia sendiri mengaku sebagai penghasut tegar tidak tahu malu untuk menghasut rakyat negara khususnya Sabah dan Sarawak.

Masih ingatkah anda, bencana gempa bumi di Ranau, Sabah pada tahun 2015 yang lalu? Di mana si pelarian ini juga bercakap sesuka hati seperti laman buku ini BAPAK dia yang punya dengan menyelar dan menghina punca dan kepercayaan orang-orang Dusun Ranau mengapa gempa bumi itu berlaku? Sungguh tak sayang mulut si pelarian ini. Bagaimana pula seorang yang mengaku 'Sabahan' tetapi sanggup berkata sedemikian? Kerana politik? Wang?

Doris Jones lebih menjadikan fitnah sebagai modal bagi mendapat perhatian di laman sosial dan masyarakat kena berhati-hati mengenai perkara ini agar tidak terjebak dengan penipuan Doris Jones. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook