Latest News

Wednesday 13 April 2016

EDISI Sampah Alam Maya Digali Semula: Lagi Fitnah Kepada Musa!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BONGKAR SKANDAL WANG $38 BILLION BABITKAN KETUA MENTERI SABAH... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(ii) BONGKAR SKANDAL WANG $38 BILLION BABITKAN KETUA MENTERI SABAH... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii)  BONGKAR SKANDAL WANG $38 BILLION BABITKAN KETUA MENTERI SABAH... Oleh Blog Suara Kami Letak Jawatan (screenshot)

ISU tuduhan rasuah kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman selaku Ketua Menteri Sabah sudah selesai dan isu ini sudah lama tetapi digali semula. Namun, pembangkang sengaja menaikkan isu ini lagi untuk mendapatkan perhatian daripada rakyat.

Untuk pengetahuan para pemfitnah ini, kerajaan negeri Sabah diiktiraf sebagai pengurusan kewangan di peringkat persekutuan. Jika berlaku rasuah, mana mungkin negeri Sabah akan diiktiraf seumpama itu. Mengenai laporan daripada Sarawak Report, sebenarnya adalah tidak benar sama sekali! Ini kerana media ini tidak ada bukti yang kukuh untuk menyatakan berlakunya aktiviti rasuah. 

YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah banyak menjadikan hutan di Sabah sebagai 'hutan simpan'. Maka, sudah tentu tidak logik jika ketua menteri itu dikatakan terlibat dengan skandal balak. Untuk pengetahuan umum, hasil pencapaian beliau menjadi ketua menteri, simpanan kewangan negeri telah meningkat dengan tinggi yakni daripada RM100 juta pada tahun 2003 telah kepada RM3 Bilion pada tahun 2011. Satu pencapaian yang terpuji dan membanggakan!

Kes yang disebutkan kepada Michael Chia adalah langsung tiada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah. Pada Oktober 2012, SPRM juga mengeluarkan kenyataan menafikan Michael Chia yang pernah ditahan di Hong Kong. SPRM tidak meneruskan siasatan dan pendakwaan.

Michael Chia Thien Foh didapati bersalah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 411 kanun yang sama kerana kes cuba menipu Datuk Agus Hassan daripada Syarikat Peluamas Sdn. Bhd. pada Jun 2004 sebanyak RM2.5 juta. Kes ini sudah selesai dan sudah ditutup oleh SPRM, maka isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan.

Kesimpulannya, kes ini sebenarnya dijadikan modal oleh pembangkang untuk menjatuhkan ketua menteri. Semua ini adalah auta dan fitnah semata-mata! Jangan layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook