Latest News

Monday 18 April 2016

EDISI Sampah Alam Maya Digali Semula: Pati Diburu, Bagaimana Pula Diminta Hadir?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SEBARKAN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Pendatang Di Paksa Hadir Perhimpunan Bersama Najib..Sebarkan... Oleh Web Kongsi Aje (screenshot)

NAMPAK sangat kebodohan si penviral/penyebar facebook itu, kononnya, warga asing diminta datang semasa Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah bersaman Dato' Seri Najib Rakak di Tawau pada Mei 2015 yang lalu. 

Bagaimana PATI boleh dijemput hadir? Sedangkan mereka itu diburu sejak tahun 2014? Fikir-fikirkan!

Kenyataan penviral facebook itu, sebenarnya menghina penduduk Tawau kerana orang seperti penyebar facebook itu memanggil mereka sebagai PATI.

Perhimpunan Solidariti dengan Perdana Menteri pada Mei 2015 di Tawau adalah anjuran Umno Tawau, Kalabakan dan Semporna. Pada perjumpaan itu lebih 40,000 ahli UMNO dan komponen BN hadir bagi tiga (3) kawasan itu.

Melihat kepada kehadiran seramai 40,000 penyokong tersebut, jumlah itu hanya 50 peratus daripada ahli UMNO dan komponen BN bagi kawasan itu. Persoalannya, bagaimana penviral facebook itu mendakwa bahawa PATI dipaksa hadir?

Kalau seseorang tiada isu atau tidak ada yang boleh diperkatakan berkaitan dengan kepimpinan kerajaan, maka keadaan seperti juga akan diputar belit. Oleh kerana keadaan seperti itu diputar belit, maka menunjukkan bahawa penyebar facebook itu tidak tahu apa-apa berkaitan dengan acara itu. Sila baca selanjutnya...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook