Latest News

Tuesday 19 April 2016

FITNAH Jainab Ibu Segala PATI?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kamu jangan lupa ni 'ibu segala PTI'... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)
(ii) Satu daripada kenapa Ramai PTI... Oleh FB Juin Molondoi (screenshot)

BARU-BARU ini kenyataan YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid Wanita UMNO Sepanggar mahu isteri boleh jadi penaja suami warga asing sah telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan ini dimanipulasikan bahawa YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid ialah dalang kepada kemasukkan PATI di Sabah. Hal ini adalah fitnah semata-mata oleh pihak tertentu.

Pihak ini kena bezakan antara PATI dan warga asing. Pendatang tanpa asing datang ke negara kita tanpa kebenaran yang sah daripada pihak kerajaan dan kebanyakkan masuk dengan haram. 

Manakala Warganegara asing ialah warga negara lain selain Malaysia yang tinggal di negara sendiri atau berkerja di Malaysia dengan kebenaran. 

Seperti yang kita tahu banyak rakyat Malaysia yang berkerja atau belajar diluar negara yang kemungkinan berjumpa jodoh. Hal ini akan memudahkan mereka untuk menjalankan kehidupan di Malaysia apabila Isteri boleh jadi penaja kepada suami warga asing.

Tuntasnya, Kenyataan YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid telah dijadikan modal fitnah bagi mereka yang mencari publisti murahan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook