Latest News

Wednesday 20 April 2016

FITNAH Kad Pengenalan Sementara (MyKas)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) masih relevankah pemberian IC sementara... Oleh FB Page Solidarity 4 Sabah (screenshot)

KAD Pengenalan Sementara (MyKas) diberikan bagi orang/warga asing yang memerlukan tinggal lama di negara ini bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun. Tujuan pengeluaran kad seumpama itu agar pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) senantiasa ''update'' dengan kehadiran orang asing dalam negara. Mereka yang diberikan MyKas, antara lain adalah pelajar asing, mereka yang mengikut suami atau isteri rakyat negara ini dan pekerja asing khususnya dalam semua bidang.

MyKas bukan mempermudahkan pemberian Mykad atas sebab bagi mereka yang mendapat Mykad adalah terlebih dahulu mendapat sijil kewarganegaraan. Tanpa sijil kewarganegaraan, maka MyKad tidak akan diberikan! Jika terdapat MyKad pada mereka yang bukan warganegara, maka MyKad itu adalah palsu.

Dalam mana-mana negara termasuk Malaysia, MyKas atau apa sahaja bentuknya diberikan kepada rakyat asing yang memerlukan tinggal menetap sekurang-kurangnya setahun bagi kemudahan data statistik dan pemantauan. Lagipun melalui MyKas, data lengkap bagi pemegangnya telah lengkap termasuk tarikh ketibaan, tempat tinggal, urusan dalam negara dan butiran-butiran seperti mengapa perlu tinggal lebih lama serta data-data lain yang diperlukan.

Dalam negara ini, tiada bukti bahawa mereka yang ada MyKas diberikan MyKad kerana MyKad yang berwarna biru atau warna perangpun masih banyak. Sedangkan, kalau dakwaan pemilik facebook itu MyKas mempermudah pengeluaran MyKad, sepatutnya MyKad yang berwarna merah dan perang yang akan didahulukan, bukan MyKas yang  hanya berstatus Kad Sementara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook