Latest News

Wednesday 20 April 2016

ISU AIR DAN SUNGAI MOYOG: Akibat Jual Tanah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Babagon Dam seblah Babagon saja... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

MEREKA yang mengorek tanah atau memotong bukit adalah bukan kerajaan! Akan tetapi, pemilik tanah kerana tanah itu selain dijual, ada juga tanah yang dibangunkan.

Suatu ketika dahulu, daerah Penampang adalah kawasan tanaman padi terbesar selain Papar, Tuaran dan Kota Belud. Kini, bukan sahaja tanah sawah penuh bangunan, malah bukit-bukitpun sudah menjadi para pemilik tauke-tauke besar.

Pemilikan tanah oleh orang-orang tertentu pada tahun 1985 hingga tahun 1994 di kawasan Penampang termasuk kawasan empangan Babagon, telah membuka jalan kepada pemilik tanah membersihkan tanah-tanah milik mereka bagi tujuan pembangunan. Akibat pembersihan tanah mereka itu, maka sumber air khususnya 'air graviti' terjejas.

Dakwaan mengapa mereka yang tinggal berdekatan dengan empangan Babagon tidak menyambung air paip daripada loji air Babagon, sebabnya untuk penghantaran air ke lokasi tinggi adalah bukan mudah. Sebaliknya, kemudahan graviti adalah lebih sesuai dan murah.

Sebenarnya, sambungan paip ke rumah-rumah penduduk adalah atas permintaan sendiri. Ertinya, kos sambungan daripada 'main pipe' adalah tanggungan sendiri. Oleh kerana kos menyambung paip dari kawasan rendah ke tempat tinggi memerlukan sejenis batang paip yang khas dan mahal, maka penduduk sekitar empangan Babagon memilih sambungan 'pipe gravitiy'.

Pemilik facebook itu hanya tahu bercakap tetapi bukan mewakili penduduk di kawasan itu, yakni hanya bercakap 'mengada-ngada' dan 'dibuat-buat'. Hal ini kerana penduduk kawasan itu lebih tahu kegunaan mereka yang mana yang lebih sesuai.

Sumber air graviti kering berikutan pada masa kini adalah musim kering luar biasa. Selain itu, banyak sumber air graviti telah musnah akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook