Latest News

Friday 1 April 2016

ISU JALAN 'KEBUN' TOGUH NULUH MENGGATAL DISENSASIKAN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JALAN RAYA KAMPUNG (KAMPUNG TOGUNG NULUH) MENGGATAL. ORANG KAMPUNG TERPAKSA BUAT SENDIRI KERANA DIABAIKAN OLEH PEMI!PIN KERAJAAN BN, UMNO.... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

DASAR kerajaan berkaitan dengan jalan kampung apabila terdapatnya  sekurang-kurang 20 keluarga tinggal/menetap pada sesebuah kampung yang digazetkan. Ataupun, jika sesebuah kampung telah digazetkan, maka sudah menjadi kebiasaan sebuah jalan kampung akan dibina. 

Namun, jika seperti mana didakwa oleh pemilik facebook itu masih belum terdapatnya menaik taraf jalan kampung tersebut, ini bermakna kampung yang dimaksudkan adalah belum digazetkan sebagai 'jalan kampung'. Kemungkinan besar tanah kawasan itu adalah tanah kerajaan yang diceroboh kemudian dijadikan kebun. Jika sekiranya tanah-tanah yang dijadikan kebun itu dibina jalan kampung, dengan sendirinya penceroboh boleh mengaku bahawa kerajaan bersetuju dengan tindakan orang kampung menceroboh tanah itu.

Di Sabah memang kerap berlaku dakwaan seumpama ini terutama oleh penggiat media sosial seperti pemilik facebook itu. Hal ini kerana ketidaktahuan mengetahui kedudukan sebenar sesesuatu kawasan itu. Dengan melihat keadaan ini, adalah dipastikan bahawa kawasan ini bukan perkampungan yang digazetkan. Jika demikian, maka sudah pasti tiada pembinaan jalan kampung yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.  

Jalan terpaksa dibuat oleh penceroboh bagi memudahkan mereka ke kebun mereka iaitu kebun yang diusahakan melalui tanah kerajaan. Inilah yang kerap berlaku apabila kerajaan ingin memajukan tanah kerajaan untuk kepentingan rakyat banyak, ada pula pihak yang mengaku tanah-tanah itu merupakan tanah adat. 

Seharusnya, pihak kerajaan bertindak awal untuk melarang pencerobohan tanah seumpama ini agar supaya tidak timbul masalah di masa akan datang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook