Latest News

Monday 18 April 2016

ISU JAMBATAN ROBOH: JAMBATAN KG KORINA SIKUATI, KUDAT

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TS:Bangkitlah Anak Bangsa Sabah Sampai Bila di ank tirikan... Oleh FB Millin Biok Jr (screenshot)

BIASANYA, jika sesebuah jambatan rosak kerana dihanyutkan banjir dalam tempoh singkat, jambatan itu dibina semula atau diperbaiki.

AFS sudah menghantar pertanyaan kepada wakil rakyat kawasan itu, baik MP mahupun ADUN namun masih belum mendapat tindak balas.

Pembinaan jambatan seumpama ini sebenarnya melalui peruntukan khas. Apabila jambatan dibina, maka ianya perlu dijaga termasuk daripada kenderaan berat atas sebab jambatan seumpama itu tidak dibina untuk menampung kenderaan berat seperti lori kayu balak.

Kalaulah jambatan seperti itu dijaga agar supaya tidak dilalui oleh kenderaan berat seperti jentera-jentera berat, maka jangka hayat sesebuah jambatan kampung itu boleh bertahan lama.

Jambatan kampung tidak sama dengan jambatan-jambatan negeri atau persekutuan, kerana jambatan itu mempunyai peruntukan penyelenggaraan. Manakala jambatan-jambatan kampung pembinaannya melalui peruntukan khas, iaitu peruntukan 'one-off'.

Sebagai contoh, sebuah jambatan kayu di Pitas roboh kerana dilalui kenderaan yang sepatutnya tidak boleh melalui jambatan itu, sebenarnya bukan sahaja menyusahkan rakyat malah merugikan kerajaan.

Pemandu kenderaan berat, sebenarnya merupakan punca utama kerosakan jambatan dan jalan kampung kerana memang kemudahan tersebut hanya dikhususkan bagi beban kurang 5 tan. Malangnya, kenderaan berat yang melebihi beban berat itu kerap keluar masuk sehingga memendekkan jangka hayat kemudahan perkampungan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook