Latest News

Saturday 23 April 2016

ISU Minyak Petrol RON97 Di Sandakan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabahans unhappy with unfair treatment: Chin... Oleh Web Daily Express (screenshot)
(ii) BN-Sandakan bersuara... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MINYAK petrol jenis RON97 adalah minyak yang langsung tiada kawalan kerajaan. Harga minyak itu ditentukan berasaskan harga minyak dunia. 

Penjualan minyak jenis itu di kawasan-kawasan tertentu termasuk Sandakan, sebenarnya terletak kepada permintaan terhadap minyak itu.

Bagi pengusaha minyak atau pam minyak yang menjual minyak jenis itu sangat bergantung kepada 'volume' kerana keuntungan hanya diperolehi jika dapat menjual 'volume' yang tinggi. Oleh kerana permintaan terhadap minyak itu kurang, maka pengusaha minyak atau pam-pam minyak tidak gemar menjual minyak jenis itu berbanding RON95 dan Diesel.

Tong simpanan bawah tanah oleh pam-pam minyak sangat terhad. Ertinya, untuk mendapat keuntungan maka penjualan minyak perlu berjalan secara cepat. Namun, jika pam-pam minyak menyimpan minyak jenis RON97 yang kurang permintaan, maka akan menghalang menerima stok baru RON95 yang mempunyai permintaan tinggi di samping diesel.

Kementerian Kewangan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah tentu mempunyai data yang mencukupi berkaitan keperluan atau permintaan minyak jenis RON97. Atas sebab itu, cadangan Senator Chin Su Phin yang juga Timbalan Presiden parti LDP tidak dapat dipertimbangkan. Oleh kerana kementerian kewangan dan KPDNKK sebenarnya sangat bergantung kepada ketersediaan para peniaga pam, dua kemenetrian itu tidak boleh memaksa para pemilik pam minyak untuk menjual RON97 dengan jumlah yang besar atas sebab menjual minyak itu akan mengurangkan peluang mereka untuk mendapat keuntungan yang sewajarnya. Penguasa pam minyak sebenarnya sangat tertakluk kepada 'volume' penjualan kerana keuntungan setiap liter bagi penguasa pam minyak tidak sampai 10 sen, malah berlegar-legar antara 7 sen dan 8 sen seliter.

Keluhan Su Phin, sebenarnya hanya memwakili mereka yang mempunyai jenis kenderaan mewah dan bukannya mewakili rakyat Sandakan secara majoriti.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook