Latest News

Friday 22 April 2016

ISU Pelantikan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak ada orang sabah yang berkelayakan kah... Oleh FB Noor Halim Zaini (screenshot)
(ii) PEMIMPIN SEMENANJUNG USAH PERMAINKAN ORANG SABAH DALAM AGIHAN JAWATAN TINGGI... Oleh Blog Sabah Insider (screenshot)

ISU ini telah diangkat oleh beberapa pihak mengenai pelantikan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah. sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan posisi ini yang telah lama dikosongkan dan 'Puan Maimunah' tidak dilantik sebagai Pengarah.

Hal ini ditambah lagi dengan andaian bahawa bakal Pengarah jabatan tersebut ialah mereka yang berasal daripada Semenanjung Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca AFS, jawatan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah memang diberikan kepada orang Sabah sahaja tetapi dengan melihat kepada kelayakan seseorang, maka sudah tentu perlu ada pembincangan yang mendalam. Sedangkan, mantan pengarah layak dan merupakan orang Sabah.

Oleh itu, hal ini tidak menjadi isu kerana perkara biasa dan isu mengenai borneosasi tidak kononnya dilaksanakan dan 'bias' adalah tidak patut dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tertentu! Sebabnya, belum ada lagi pelantikan yang jelas mengenai jawatan ini. Jadi, sebarang andaian boleh menjadi fitnah dan modal kepada mereka yang tidak suka dengan pihak kerajaan.
Benar?

Tuntasnya, sesiapa pun yang akan dilantik sebagai Pengarah asalkan dia 'Sabahan' dan mempunyai kelayakan, maka patut disokong agar aspirasi pendidikan di Sabah ini dapat dilaksanakan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook