Latest News

Monday 4 April 2016

ISU Pembinaan Jalan Raya Di Kota Marudu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Temberang terang bulan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PEMBINAAN jalan raya sesebuah kawasan bukan sahaja memerlukan masa akan tetapi kewangan. Kalau ikutkan setiap Wakil Rakyat, setiap permintaan atau keperluan rakyat perlu dibina segera yang mungkin. Namun, hakikatnya perlu diterima kerana kekangan kewangan merupakan penghalang kepada sesebuah projek. 

Membina jalan raya bukan murah kerana boleh mencapai puluhan juta atau ratusan juta ringgit. Itu semua rakyat telah tahu! Tetapi, oleh kerana membina infrastruktur seperti itu memerlukan kewangan yang cukup signifikan, maka masa diperlukan untuk mengumpul kewangan.

Sebagai contoh, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan seluruh Sabah dan seluruh Sarawak adalah memerlukan lebih 50 tahun untuk lebuh raya itu direalisasikan.

Doris Jones boleh sahaja bercakap berkaitan kelewatan pembinaan sebuah jalan perhubungan di Kota Marudu. Adalah kerananya dia bukan pun sebahagian daripada kerajaan malah bukanpun penduduk Kota Marudu, melainkan seorang pelarian di negara asing. Atas sebab itulah, dia tidak faham berkaitan dengan kekangan kewangan yang didepani oleh kerajaan. Yang dia tahu, menuduh pemimpin tanpa bukti adalah kononnya seorang yang makan duit dan rasuah sekaligus hal itulah yang menyebabkan kesemuanya terbantut. 

Sabah, dengan keluasan kedua terbesar dalam negara sangat berdepan dengan sumber kewangan kerana pendapatan negeri hanya berlegar-legar pada angka RM4 bilion setahun, memandangkan aktiviti ekonomi negeri hanya boleh menunjang pendapatan sebesar itu. Maka, dengan sejumlah RM4 bilion itu bukan hanya menjadi modal pusingan kepada sektor insfrastruktur sahaja, malah kesemua sektor pembangunan negeri dan juga perbelanjaan yang lain mengikut susunan masing-masing. 

Kerajaan memang memahami keperluan rakyat! Dengan sebab itu, jika didapati sesebuah infrastruktur seperti jalan raya merupakan perkara mendesak, maka kerajaan Persekutuan akan menyalurkan kewangan untuk membina jalan-jalan seumpama itu. 

Perlu diketahui bahawa sesebuah jalan raya disegerakan dibina, jika kos berimbang berkaitan pembinaan jalan raya itu tersedia, yakni aktiviti ekonomi di kawasan tersebut boleh mendorong aktiviti ekonomi. Namun, memandangkan kawasan yang akan dibina jalan raya itu belum ditemukannya aktiviti ekonomi yang boleh menyumbang kepada kos berimbang, maka biasanya pembinaan jalan seumpama itu terpaksa menunggu tersedianya dana khas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook