Latest News

Tuesday 26 April 2016

ISU SEMASA PRU-13

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pahlawan sekarang jadi Doktor... Oleh FB Millin Biok Jr (screenshot)

INILAH masalahnya laman facebook apabila isu lampau diberi "like" atau "comment", maka akan "refresh" seolah-olah berita baru.

Ucapan Tan Sri Pairin Kitingan pada 25 April 2013 sempena PRU-13 lalu, semasa kempen pilihan raya kini disegarkan. Terima kasih kepada pemilik facebook itu kerana menyegarkan cerita berkaitan Perdana Menteri.

Isu Perdana Menteri merupakan 'Pahlawan' timbul pada tahun 2015, selepas diasak oleh berbagai pihak khususnya daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berundur. Dalam satu pertemuan di Pahang pada April 2015, Perdana Menteri dalam ucapannya kepada pengundi beliau di Parlimen Pekan ada menyatakan bahawa pantang pahlawan berundur!

Berkaitan dengan kenyataan Tan Sri Pairin Kitingan bahawa Dato' Seri Najib Razak merupakan 'doktor' politik memang banyak kebenarannnya kerana Perdana Menteri itu mempunyai visi dan misi mendengar degup jantung rakyat terlebih dahulu dan kemudiannya membuat polisi keputusan sesuai dengan kehendak rakyat.

Atas sebab itu, daripada enam (6) Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri terbaik untuk Sabah. Sebabnya, bantuan saluran kewangan untuk Sabah telah mengatasi peruntukan yang disalurkan oleh lima Perdana Menteri sebelumnya. Peruntukan yang diberikan melalui lima Perdana Menteri sebelumnya dijumlahkan secara keseluruhan barulah dapat sepadan dengan yang diberikan Dato' Seri Najib Razak kepada Sabah.

Tan Sri Pairin Kitingan seorang ahli politik yang matang dan melalui berbagai ranjau dalam politik, sudah tentu mempunyai pengalaman yang cukup untuk membuat penilaian. Siapalah pemilik facebook itu berbanding Tan Sri Pairin Kitingan! Pemilik facebook itu diibaratkan longkang di depan rumah pun tidak mampu ditembus.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook