Latest News

Monday 11 April 2016

ISU TAMAN MANGGIS & RUMAH BANGLO: Debat Dato' Rahman Dahlan-Lim Guan Eng

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Guntolou punya rahman dahlan... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

ISU Taman Manggis dan Rumah Banglo Lim Guan Eng telah menjadi perkara yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran laporan oleh beberapa pihak berhubung dengan dua (2) isu itu.

Isu Taman Manggis menjadi siasatan SPRM kerana ada dakwaan syarikat yang membeli tanah itu mempunyai hubungan dengan pemilik banglo yang menjual harta itu kepada Lim Guan Eng.

Penglibatan Dato' Abdul Rahman Dahlan dalam isu itu atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di mana salah satu fungsi kementerian itu adalah mengawasi perumahan.  

Taman Manggis yang berkeluasan kurang daripada 5 hektar itu telah diperuntukan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR). Namun, diubah oleh kerajaan negeri kepada pembinaan hospital dan hotel. 

Mengapa Dato' Abdul Rahman Dahlan terlibat dengan isu itu? Sebabnya, sejak tanah itu dibeli pada tahun 2012, tiada sebarang aktiviti pembinaan ke atas tanah itu sesuai dengan tujuan penjualan tanah tersebut. Sebaliknya, telah didapati jual beli antara syarikat yang berjaya membeli tanah itu kepada pihak ketiga dengan keuntungan RM59 juta.

Berkaitan antara Lim Guan Eng dengan isu itu adalah pemilik banglo yang menjual rumahnya kepada Guan Eng merupakan rakan kongsi kepada pemilik syarikat yang membeli tanah Taman Manggis. Kemudiannya, rakan itu menjual rumahnya kepada Lim Guan Eng pada harga di bawah harga pasaran.

AFS menegaskan, mantan Menteri Besar Selangor pernah didapati bersalah dan dipenjarakan kerana kes yang sama. 

Gesaan panel SPRM agar debat antara Dato' Abdul Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng dibatalkan, agar supaya tidak menganggu siasatan SPRM berkaitan dua isu itu yang memang bertepatan. Lagipun, debat itu tidak membawa apa-apa penyelesaian melainkan hanya meramaikan pentas politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook