Latest News

Friday 1 April 2016

ISU TANAH: Musa Menepati Janji!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musang ikrar berjuang utk tanah penduduk kg... Oleh FB Page Solidarity 4 Sabahan  (screenshot)

KENYATAAN dakwaan laman muka buku Solidarity 4 Sabah adalah fitnah semata-mata! Ini kerana kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Musa Aman tidak pernah membiarkan tanah di Sabah dirampas oleh mana-mana individu.

Sebagai contoh, Datuk Seri Musa Aman iaitu Ketua Menteri Sabah telah menegaskan 'Hak Tanah Adat Anak Negeri' akan sentiasa dipertahan dan dipelihara dalam proses meluluskan permohonan pemilikan tanah di Sabah. Oleh yang demikian Datuk Seri Musa Aman telah memperkenalkan konsep 'Geran Komunal' yang mengikut undang-undang dan nilainya adalah sama dengan Geran Hak Anak Negeri. Pendekatan ini sebagai satu langkah berkesan untuk menangani isu-isu berkaitan pemilikan tanah dan mempercepatkan proses permohonan tanah terutama yang melibatkan Hak Anak Negeri.

Pelaksanaan Geran Komunal juga dirancang dengan teliti mengikut prosedur undang-undang dan sesiapa yang menceroboh kawasan berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kerajaan Sabah mengeluarkan 62 Geran Komunal di 11 buah daerah melibatkan kawasan seluas 33,591 hektar antara tahun 2010 dan 2013, membabitkan 8,039 peserta dan merangkumi 153 buah kampung di seluruh Sabah.

Bagi 2014, kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah merancang mengeluarkan 20 Geran Komunal yang melibatkan lapan (8) daerah dengan keluasan dianggarkan 23,067 hektar. Sebanyak 2,143 pemohon daripada 72 buah kampung di enam (6) kawasan iaitu di Pensiangan, Saninait, Ponotomon, Sumatakawan, Salinatan dan Longongon bakal menerima Geran Komunal fasa pertama daripada kerajaan negeri.

Datuk Seri Musa Aman juga bertegas permohonan tanah daripada individu atau syarikat yang bukan berasal dari Sabah, tidak akan diberi keutamaan oleh Kerajaan Sabah. Hal ini memperlihatkan bahawa sebenarnya Musa telah menepati janji mengenai isu tanah ini. Tidak ada lagi mantan Ketua Menteri yang pernah melaksanakan usaha yang begini bagi menlindugi hak tanah orang Sabah untuk Sabah.

Tidak hairanlah apabila akhbar tempatan Harian Ekspress telah menyiarkan berita sahih, tetapi ada saja mana-mana seperti page ini mencela dan menyindir pembelaan dan ikrar Musa terhadap tanah penduduk kampung di Sabah. Memang dasar pembangkang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook